Monday, October 17, 2011

hanyalah hari isnin yang lain


hari isnin selalunya saya akan menghidapi penyakit 'monday blues'.. tapi kali ni monday blues cuma hinggap sebelah pagi sahaja. di mana, mata agak liat untuk dibuka, menggosok baju kerja dengan lemah gemalai, memandu kereta ke tempat kerja dengan hati yang sebal & menghadap tugasan dengan kurang minat. bila sampai di ofis, monday blues itu terbang sedikit demi sedikit. sebabnya... hari ni kerja tak banyak!! yes.. banyak yang dah beres.

hajat di hati, mahu sambung ceritera tentang persekitaran KD ni. saya ada ambil beberapa keping gambar untuk menjamu mata kalian. sekali, bila jenguk beg.. external HDD tertinggal pulak di rumah. hancur hatiku! external HDD tu bagaikan degupan jantung saya yang kedua.. banyak data-data peribadi disimpan dalam tu. bukan rezeki lar nak update hari ni.

kalau ada yang perasan & ingat (kalaulah ada kan).. saya akan tukar template blog ni setiap tahun. semestinya setiap kali tahun baru menjelang. tapi 2011 semakin sampai ke penghujungnya.. tahun ni saya belumpun sempat tukarkan 'baju'nya! dengan semangat yang ada, walaupun dah hampir hujung tahun, saya nak juga tukarkan ia ke baju baru. sedang mencari-cari lagi template percuma yang berkenan di hati ni.

2 bugs:

mzhany said...

bile nk tukar ijau ;)

cik daisy said...

@ hanybunny: ijau kesemuanya x mungkin lar.. ijau sket2 maybe? ;)