Friday, March 18, 2011
saya rindu nak menulis.. bukan takde idea, malah melimpah ruah sejak jarak perjalanan ke/dari rumah-office agak jauh. bak kata orang tu, jauh perjalanan, luas pemandangan? luas pengalaman?
sejak berkarier di KD (kota damansara) ni, rutin kerja dah berubah. post dah berbeza, tentu sekali merubah keseluruhan mental & fizikal saya. owh, rasanya keadaan fizikal masih sama. tiada pertambahan berat badan yang mendadak atau berkurang. awal tahun yang penuh cabaran kerana terpaksa melalui fasa-fasa perubahan dalam menyesuaikan diri dengan rutin kerja baru, termasuk superior baru. 10 tahun pengalaman bekerja, banyak mengajar erti ketabahan (seriously!). bekerjalah di mana-mana sekalipun.. baik di bawah syarikat yang sama atau tidak, anda mesti selalu bersedia untuk berhadapan dengan perubahan dari pelbagai aspek. dalam situasi saya, sebelum ni bekerja dengan satu projek (boleh dikata site project). diletakkan di bawah 1 jabatan dengan 1 ketua yang sangat baik & memahami. bila tiba projek tu tamat, pulang ke HQ, diletakkan pula di jabatan yang lain. diberikan tugas yang lain. pada awalnya, hari-hari yang saya lalui dalam menghadapi tugas baru & bos baru ni, sangat-sangatlah s***s! maaf jika anda dapat meneka perkataan yang agak teruk tu. tapi itulah hakikatnya! dengan pengalaman yang 'zero' untuk membuat tugasan baru tu, dengan tiada training yang cukup dari senior yang bakal resign hanya beberapa hari saja lagi... dalam masa 2-3 minggu tu, setiap hari saya dilanda migrain yang maksimum. ditambah lagi keadaan di rumah yang tak cukup tidur (kerana baby saya yang sangat special, tidak boleh diletak, hanya mahukan sepenuh perhatian mamanya saja), maka hujung minggu juga saya mengalami migrain. hanya kepada Tuhan saja tempat saya mengadu.
selepas sebulan, alhamdulillah! saya telah dapat momentum saya semula. cuma, sejak berada di sini, saya memang belum ada kesempatan menjengah seputih hati & 'rumah' sahabat-sahabat maya yang lain. jika adapun, tak sempat meninggalkan jejak kasih.
insya-Allah di lain masa nanti saya ceritakan pula perihal KD di sini. di saat ini, saya hanya teringin nak meluahkan coretan hati di kala hujan petang yang agak lebat.. dan saya hanya membilang waktu untuk jam menginjak ke 5.30 petang.. waktu untuk pulang!
Labels: Dari Penulis





3 bugs:
apa nak buat. kita cari rezeki camtu aa. sebab bukan rezeki yang cari kita..
ye, momentum tu penting. saya pun melalui fasa yg baru. jaga kedua2 anak termasuk baby bersendirian. hari minggu juga terpaksa kerja dan ke kelas. tapi alhamdulillah, ok saja. all the best!
@ rizal: betul.. tu lar yg jadi tunjang kekuatan kuar pg2 cari rezeki :)
@ yan: setiap org pun ada cabaran masing2 kan, yan? terpulang pd cara masing2 hadapinya. ape2 pun, support dr org tersayang/terdekat tu penting.
Post a Comment