Wednesday, February 16, 2011
antara banyak-banyak fungsi di dalam facebook (fb) yang paling saya suka & sangat bermanfaat dalam hidup saya ialah "Hide post" di dalam news feed. bagi mereka yang belum tahu apa tujuan fungsi ni, ianya sangat berguna jika kamu tidak selesa membaca/menerima sebarang news feed (status post) dari mana-mana friendlist yang kamu tidak suka. situasi yang paling mudah, di mana ada di antara kawan-kawan di dalam friendlist kamu yang sangat aktif meng'update' status mereka. boleh dikatakan selang 5 minit, ada sahaja posting terbaru mereka menghiasi news feed kamu. paling dasyat, selang 1-2 minit!!
hendak dibuang mereka tu dari senarai sahabat, takut ada yang berkecil hati. tak pun, tujuan kamu berfb adalah untuk saling berhubung (keep in touch). tak mahu terputus hubungan yang ada. tapi kamu terasa jaki je melihat status-status dari si polan tu, yang terkadang menceritakan perkara yang kamu tak sepatutnya tahu/ambil tahu. nah! fungsi ni sangat sesuai untuk melindungi mata kamu dari melihat & membaca setiap status dari si polan. yeah, mungkin kamu sudah tahu cara menggunakan fungsi ni tapi disebabkan keterujaan saya ni, ingin juga saya tunjukkan cara-caranya.
di dalam fb, pastikan kamu berada di bahagian "News Feed". pergi ke mana-mana status sahabat yang kamu tidak ingin lihat lagi statusnya di dalam news feed kamu. jika kamu lalukan mouse (mouseover) pada status tu, akan muncul tanda pangkah di sudut atas kanannya. klik pada tanda pangkah, akan keluar tiga option. pilih option "Hide all by ...". selepas tu, kamu takkan melihat lagi status si polan di news feed kamu tanpa membuangnya dari friendlist dan tanpa menyakitkan hati mana-mana pihak.

bukan apa, terkadang membaca status-status yang bermacam-macam ni, boleh terusik jiwa, mengganggu emosi dibuatnya. boleh juga dikatakan terjadi dosa kering. sebab? terumpat & terkeji pula status si polan tadi. argghh!
Labels: Facebook





2 bugs:
betol betol...asyik dia je kt home tuh ahah sbb dia rajin kan...;)
@ hany: rajin tu 1 hal.. xpsl2 aku kene tau kisah idup dia tiap ari. bile dia nk masak, arini masak ape, mkn ape, tgk wayang ape, pakai baju ape, laki dia katne, laki dia main bola katne, bonus dia dpt, gaji dia bertambah, dia ngidam itu ini, dia nk bersolat, dia bla bla bla...
Post a Comment