Monday, January 24, 2011
yeah.. buka mata wahai cikdaisy.. selama sebulan lebih rasanya blog ini 'ketiduran'. terlalu banyak yang berlaku hingga tidak dapat menyempatkan diri mengisi posting terbaru. dicelah-celah kesibukan penghujung 2010 yang lepas, saya sempat buat draft posting tapi tak dapat nak publish. jadi bagi menjimatkan masa, saya 'paste'kan dulu cerita saya yang dah lepas tu.
cerita sebulan lepas...
sedihnya bila sekian lama tak dapat menjenguk blog sendiri & teman-teman lain. tuntutan kerja hakiki membataskan usaha ber'online' seperti selalu. jangankan kata blogging, berfacebook & chatting, malah line internet pun tiada di hujung-hujung hari terakhir busy.
kontrak antara syarikat saya bekerja dengan pihak kerajaan bakal sampai ke penghujungnya, iaitu akhir disember nanti. jadi sejak awal disember lagi agak sibuk proses serahan bermacam dokumen & proses ToT (transfer of technology). seterusnya proses perpindahan. arghhh! ini yang paling renyah kerjanya, hinggakan mengambil masa selama 7 hari. premis yang disewa untuk projek ni akan dikosongkan (totally!), sementara barang-barang (dokumen, aset dsb) dibawa ke pejabat kerajaan yang terletak di cyberjaya juga. faham-faham sajalah berurusan dengan agensi kerajaan. perlu mengikut garis panduan yang sedia ada. kalau berpindah setakat 'kita-kita' aja, saya rasa proses pemindahan barang hanya mengambil masa 2-3 hari saja. settle!
ke manakah arah tujuannya saya & kawan-kawan ofis selepas ini? hasil mesyuarat staff dengan bos sebelum ni, kami bakal dipecahkan mengikut keperluan projek yang sedia ada & juga mengikut kepakaran masing-masing. agak sedih kerana saya ditempatkan di HQ - kota damansara. betapa saya sangat sayangkan cyberjaya ini, setelah bertahun-tahun menapak karier di sini. seperti kata sahabat yang lain, bagaikan syurga bila berulang-alik dari rumah ke tempat kerja tanpa menghadapi kesesakan jalanraya & parking yang mahal. ada satu lagi projek syarikat di cyberjaya, tapi rasanya kepakaran (pakar ke?) saya tak ada untuk projek tu. tapi hubungan saya & cyberjaya takkan berakhir selamanya. syukurlah tempat tinggal pun hanya bersebelahan dengan cyberjaya tercinta ni (i'm still attached to cyber.. yes!). saya akan sentiasa saja ada 'urusan' dengan cyberjaya.. sama ada ke bank (cimb & maybank), ke restoran-restoran favourite, ke taman riadah membawa anak-anak.. segalanya sudah ada di sini ;)
cerita sekarang...
sebahagian besar kami (staff-staff bekas projek di cyberjaya) ditempatkan di HQ. dipecah-pecahkan pula kepada kumpulan projek-projek lain & ada juga yang hanya membuat tugasan HQ tanpa terlibat dengan apa-apa projek. tahun baru, peralihan kerja, tempat baru, mood baru & segala-galanya! hakikat sebenarnya cerita tempat baru tidak berapa seronok. tapi saya tabahkan saja hati ini. fikir yang postif, kerana segala yang Dia rancangkan untuk saya, pasti ada hikmah disebaliknya. terkadang bila mengeluh kesah... saya harus bersyukur kerana masih mempunyai pekerjaan untuk menampung perbelanjaan hidup sendiri & keluarga.. berbanding dengan nasib orang lain, ada yang masih menganggur, yang ada kerja pula dibuang kerja, malah ada pula yang ditawarkan vss. ada lagi nasib orang di luar sana yang lebih buruk dari keadaan saya. saya masih bersyukur....
Labels: Cerita-cerita






4 bugs:
lihatlah saya, 3 tahun duduk jauh dari suami kerana kerja.. tak termasuk beban kerja yg menggila, tekanan org atasan dll. kesian juga pd anak yg kurg kasih syg ayahnya. namun macam kak daisy, sy sangat bersyukur..
so, OSCC tutup dah ke cik daisy? apapun semoga lebih berjaya di tempat baru ;)
kota damansara = jauh = jammed = keluar awal = sampai rumah lewat.
@ humyrah: akak tau yan sgt kuat. akak mmg kagum :)
@ nonie: tak ditutup. cuma kontrak kami dah abis & handover pada m*m*u. lps ni mereka sendiri running open source.
@ rizal: alhamdulillah, takat ni jem x mengganggu mentalku. kami ikut elite/nkve highway.
Post a Comment