Monday, November 29, 2010
saya ingin kongsikan 2 cerita unik ni bersama kalian. cerita ni saya anggap unik kerana merasakan mereka-mereka dalam kisah ni sangat istimewa kerana dikurniakan Allah satu peluang/anugerah yang tak disangkakan. sebelum saya ceritakannya lebih lanjut, ingin saya tekankan bahawa saya hanya ceritakan secara umum sahaja kerana mungkin saya tak tahu kisah lengkapnya secara 100% tetapi melihatnya secara jauh & berdasarkan atas apa sahaja yang pernah diceritakan kepada saya. nama sebenar mereka yang terlibat adalah dirahsiakan (no worries).
kisah anak
kenalan saya ni telah 5 tahun mendirikan rumahtangga. sehingga itu, mereka suami isteri masih belum dikurniakan cahayamata. melihat pasangan lain yang bahagia & meriah dikelilingi anak-anak comel, hati siapa tak terusik? pelbagai usaha telah dilakukan, termasuk bertemu pakar kesuburan & berdoa tanpa henti. usaha seterusnya mengambil anak angkat yang baru saja dilahirkan. kehadiran bayi perempuan itu dalam hidup mereka sangat membahagiakan & menceriakan. dengan takdir Allah, kebahagiaan mereka digandakan lagi dengan berita kehamilan sahabat saya tu. saya turut berkongsi kegembiraan itu. siapa sangka? selepas saja mengambil anak angkat, Allah kurniakan jua mereka zuriat dari benih sendiri? inilah antara hikmah menunggu sekian lama dengan penuh kesabaran. hanya Allah saja yang tahu setiap sesuatu yang berlaku & kenapa baru sekarang Dia kurniakan anugerah-anugerah istimewa ini dalam hidup mereka. kini hidup mereka suami-isteri bahagia di samping sepasang anak yang comel.
kisah jodoh
seorang sahabat, laily (bukan nama sebenar) baru sahaja beberapa bulan bertunang dengan lelaki pilihannya atas dasar saling menyayangi. mengharapkan panas hingga ke petang, tetapi hujan pula di tengahari. pihak lelaki berubah hati, lalu nekad memutuskan pertunangan mereka. laily sunguh kecewa dengan apa yang berlaku. dugaannya teramat berat kerana bekas tunang 'membuang'nya seolah-olah tidak pernah ada kenangan manis antara mereka. kata orang tua-tua, jika mahukan anak orang, risiklah, pinanglah secara baik. jika ingin memutuskan hubungan pula, buatlah secara baik sepertimana kamu meminta gadis itu dari orang tuanya. tetapi itu tidak berlaku dalam hubungan laily & bekas tunang. si dia memberitahu niat memutuskan hanya menerusi sms & email. paling ada pun, kedua orang tuanya berkunjung ke rumah orang tua laily. berat mata memandang, berat lagi bahu laily menggalas kedukaannya akibat putus kasih. nampaknya, tarikh kahwin yang telah ditetapkan di awal pertunangan, iaitu 11 dec 2010 hanya akan tinggal sejarah pahit.
beberapa bulan seterusnya, melalui hari-hari berlalu tanpa insan tersayang.. laily bertemu dengan seorang sahabat lelaki, zaman (bukan nama sebenar) yang sedang dalam gundah-gulana kerana tunangnya berubah hati dek kerana bertemu semula dengan bekas kekasih. atas dasar persahabatan & pengalaman pahit yang pernah ditempuh dulu, laily cuba memberi kata-kata semangat kepada zaman supaya berusaha pulihkan kembali hubungan mereka. tak sampai hati melihat pertunangan mereka putus seperti yang dia lalui.
diringkaskan cerita (macam dah panjang pun), hubungan zaman & tunangnya memang tak dapat diselamatkan lagi. sehari selepas putus tunang, dia melamar laily. dengan secara bertertib, zaman datang dengan kedua ibu bapanya bertemu keluarga laily. surprise??! memang pelbagai persoalan & cakap-cakap sahabat di keliling tentang keputusan drastik ni. yelah, siapa pun akan berkata, ikhlas ke si zaman ni mahukan laily sebagai suri hidupnya? atau sekadar melepaskan perasaan geram pada bekas tunang? tak berfikir panjangkah dia? atau betulkah sayang pada si laily atau simpati? atau.. bermacam-macam lagilah persoalan.
apa-apapun semua terserah pada empunya diri. mungkin masing-masing sendiri telah merasakan dialah pasangan mereka yang terbaik, yang telah Tuhan kurniakan di depan mata. mungkin benar, ini jodoh mereka yang telah ditetapkan oleh-Nya. awal november saat pertemuan kedua belah pihak, tarikh nikah terus ditetapkan pada hujung bulan yang sama. walaupun terasa masa yang ada sangatlah singkat untuk urusan pernikahan, sementelah majlis nikahnya akan dilakukan di kuala lumpur, bukan di kampung orang tua laily, alhamdulillah.. kesemua urusan & proses mereka tidak melalui jalan yang berliku. seperti iklan telefon di tv tu, memandu di jalan yang bengkok diluruskan, melalui jalan yang panas, dipayungkan pula pokok-pokok nan rendang.. dengan izin-Nya laily & zaman telah selamat disatukan sebagai suami isteri yang sah. majlis resepsi kedua-dua belah pihak bakal diadakan mengikut tarikh awal yang telah ditetapkan ketika masing-masing bertunang dahulu. jadi, tiada pening-pening memikirkan tarikh baru, hanya teruskan saja majlis dengan pasangan yang berbeza (bertunang dengan orang lain, bernikah dengan orang lain).
syukurlah alhamdulillah.. itulah antara dugaan-dugaan hidup kita di dunia ini. ada masa kita diuji Allah, merasa hidup dalam lingkungan kesedihan, batin terseksa, jiwa merana.. akan tetapi, takkan selamanya kita berada di dalam 'kemendungan' itu. ganjaran kebaikan ke atas mereka-mereka yang tabah & sabar, insya-Allah akan Tuhan kurniakan juga.
Labels: Cerita-cerita
Wednesday, November 24, 2010
------------------------------------------------------------------------------------
Pendarahan Faraj Semasa Hamil
Banyak sebab kenapa wanita mengalami pedarahan faraj semasa hamil. Ada wanita yang mengalami pendarahan ringan terutamanya pada awal trimester pertama kemudian pendarahan tersebut berhenti dengan sendirinya, tetapi ada juga wanita yang mengalami pendarahan sekali sekala sahaja. Ada juga yang mengalami pendarahan teruk dan mengejut.
1. Pendarahan Implantasi
Dianggarkan 25% daripada wanita mengalami pendarahan semasa trimester pertama. Salah satu sebab pendarahan ini ialah pendarahan implantasi.
Apa itu pendarahan implantasi?
Pendarahan implantasi selalunya tidak sebanyak darah haid dan kebanyakkannya berwarna coklat atau merah jambu. Ia berlaku apabila telur yang sudahpun bersenyawa dengan sperma bergerak kerahim dan cuba membenamkan dirinya kedalam dinding rahim. Proses ini dinamakan implantasi. Pendarahan berlaku semasa proses implantasi ini. Yang membezakannya dengan darah haid ialah jumlah darah yang keluar adalah sedikit dan terhad pada 1-3 hari sahaja.
Bilakah implantasi selalu terjadi?
Ia selalunya berlaku 5-12 hari dari tarikh ovulasi, masa yang sama, anda sepatutnya datang haid.
2. Keguguran
Pendarahan semasa awal hamil tidak semestinya anda gugur kerana 50% daripada wanita hamil yang mengalami pendarahan tidak keguguran. Keguguran boleh berlaku pada bila-bila masa pada 12 minggu pertama dan berlaku pada 15-20% kehamilan. Sekiranya anda merasa yang terdapat tisu seperti daging keluar dari faraj, bawa tisu tersebut ke klinik supaya doktor boleh memeriksanya. Kebanyakkan keguguran tidak dapat dielakkan. Ia adalah cara badan untuk mencegah dari hamil janin yang tidak normal. Keguguran tiada kaitan dengan cara hidup yang aktif dan tiada bukti yang senaman atau seks boleh menyebabkan keguguran.
3. Hamil di luar rahim (Ectopic Pregnancy)
Sebab lain yang boleh menyebabkan pendarahan ialah mengandung diluar rahim. Sekiranya ia berlaku pada salur fallopian, ia mungkin akan pecah dan boleh membahayakan nyawa. Ia berlaku pada 1 dalam 60 kehamilan
4. Kandungan Anggur
Sebab lain yang boleh menyebabkan pendarahan ialah mengandung anggur. Ia disebabkan oleh ketumbuhan tisu tidak normal yang membesar dengan cepat. Tiada janin didalam kehamilan ini.
5. Ketumbuhan pada pangkal rahim
Kanser pangkal rahim atau polip juga boleh menyebabkan pendarahan. Pemeriksaan faraj akan dapat memberikan diagnosa pada masalah ini.
6. Placental Abruption
Uri mungkin akan merekah dari dinding rahim sebelum atau semasa bersalin. Ia boleh akan menyebabkan pendarahan. Cuma 1% wanita hamil yang mengalami placenta abruption ini. Selalunya ia berlaku pada lewat kehamilan dan beserta dengan dengan kesakitan pada perut.
7. Placenta Previa atau uri di kedudukan bawah
Apabila uri berada pada kedudukan bawah, Ia mungkin akan menutupi sebahagian dari lubang pangkal rahim atau sepenuhnya dan ini dinamakan placenta preavia. PP adalah sangat serius dan memerlukan rawatan segera sekiranya berlaku pendarahan.
8. Tanda bersalin
Pada lewat kehamilan, pendarahan dari faraj adalah salah satu tanda sudah sampai saat bersalin. Ia terjadi apabila mucus pluk yang menutupi pintu rahim terjatuh disebabkan oleh kontaksi rahim menyebabkan darah dan lendir keluar dari serviks. Ia dipanggil show. Ia adalah sangat kerap terjadi semasa kelahiran bermula.
Sumber: Dr. Raja Juhaidah Raja Abdullah
terima kasih doktor ju!
------------------------------------------------------------------------------------
bagi mereka yang menghadapi masalah pendarahan ini, disebabkan oleh perkara (1) di atas, mungkin akan timbul kemusykilan dari segi amal ibadat seharian.
kita masih lagi boleh berpuasa kerana darah tersebut bukanlah darah haid ataupun nifas. ia hanya disebabkan penyakit. mungkin jika kita rasa badan terlalu lemah akibat kehilangan darah & takut akan pitam, seeloknya tidak berpuasa. jika kita yakin & punya kekuatan, teruskan saja berpuasa. bagaimana pula dengan solat? saya jumpa 1 artikel lagi yang boleh memberikan jawapannya.
------------------------------------------------------------------------------------
Darah istihadah boleh solat
SOALAN
SAYA ada sedikit kemusykilan di sini, saya sedang hamil kira 10 minggu, pada minggu ke tujuh kehamilan saya dapati ada sedikit darah berwarna coklat keluar daripada faraj, ia berlanjutan hingga tiga hari.
Sekarang masih lagi keluar darah yang berwarna coklat itu iaitu kadang kala dalam seminggu keluar tiga hingga empat hari (berselang seli). Persoalannya sekarang bagaimana dengan ibadat solat saya? Bolehkah saya bersolat sekiranya darah itu keluar? Adakah darah itu dikira sebagai darah kotor? Saya mendapatkan rawatan doktor dan beliau memberitahu masalah itu dipanggil ancaman keguguran.
IBU RUNSING
Kuantan
JAWAPAN
Ibu yang hamil lazimnya tiada darah haid. Darah yang datang ialah sebagai istihadah dan penyakit. Ibu hamil masih wajib bersolat dan melakukan ibadat tuntutan seperti biasa. Pastikan bahagian faraj ditampal terlebih dulu dan laksanakan ibadat seperti biasa.
Darah haid ialah darah dapat dikenali dan dipastikan dari segi tarikh warna dan baunya. Yang jelas di sini, masalah dihadapi puan bukan darah haid.
Sumber: Harian Metro
Labels: Kehamilan, Sekadar Info
Tuesday, November 23, 2010
Jika anda ingin jadi orang yang rajin mengerjakan Solat, amalkanlah doa ini.
Bacalah selalu Surah Ibrahim: Ayat 40
Rabbij 'alnii muqiimaSSalaati wa min dzurriyyatii, Rabbana wataqabbal du'aa'.
Maksudnya: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."

Surah Ibrahim: Ayat 40-43
[40] Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.
[41] Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.
[42] Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku).
[43] (Dalam pada itu) mereka terburu-buru (menyahut panggilan ke padang Mahsyar) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata tidak berkelip dan hati mereka tidak bersemangat (kerana bingung dan cemas).
Sumber: nota-nota dari facebook
Labels: Motivasi, Sekadar Pedoman
penghujung september... jalan utama di taman perumahan itu sibuk seperti biasa di waktu pagi. kenderaan berlumba-lumba untuk ke destinasi masing-masing yang rata-ratanya menuju ke tempat kerja, sekolah, tadika & taska. di tepi jalan, kelihatan seorang lelaki duduk di kaki lima sambil membaca akhbar.
"apa yang dibuatnya kat situ? baca suratkhabar di tepi jalan yang sibuk.." desis hati saya.
pemandangan sebegitu agak pelik kerana biasanya tempat tu bukanlah tempat menunggu. apatah lagi orang buat port menjual nasi lemak. sesaat melepasi lelaki itu, barulah terperasan ada susunan suratkhabar di sisinya. rupanya dia menjual suratkhabar. keadaan ni agak biasa kan? terutamanya di kawasan perumahan di bandar, yang mana penduduknya sentiasa mengejar masa & ingin cepat pada minggu bekerja. spot terbaik menjual akhbar ialah jalan-jalan utama menuju keluar dari taman perumahan.
dulunya, bagi penduduk-penduduk taman putra perdana, bandar nusaputra & amanputra hanya bergantung pada satu jalan keluar, iaitu terus ke LDP highway. sekarang sudah ada satu lagi pilihan bila interchange baru yang bakal dibuka, susur keluar ke elite highway sekaligus menghubungkan selangor science park 2 (ssp2) & cyberjaya. ia belum dibuka secara rasmi kepada pengguna tetapi sudah boleh dilalui sementara.
berbalik kepada si penjual akhbar tadi, lokasi yang dipilih untuk menjual akhbar memanglah tepat. sementelah susur keluar ke LDP sudah pun ada sekumpulan penjual akhbar yang membina tapak. si penjual ni tadi merupakan perintis pula di kawasan baru ni. melihatkan dia menjual tanpa adanya meja, kerusi & payung yang merupakan asas kepada tapak gerai, saya jangkakan ini merupakan perniagaannya yang pertama.
walaupun hanya penjual akhbar di tepi jalan, tak kira apapun bangsanya, saya kagum dengan semangatnya. bermula 'dari bawah', tanpa peralatan asas melainkan timbunan akhbar di atas tanah kaki lima. tanpa apa-apa tanda 'promosi' yang menyatakan dari jauh bahawa dia sedang menjual akhbar, dia cuma menggayakan aksi seolah-olah sedang membaca akhbar (mungkin juga dia sendiri sedang membaca). sebulan berikutnya, dia sudah memiliki payung. sudah boleh menggantung beberapa contoh akhbar harian yang dijualnya. bulan seterusnya dia sudah memiliki meja untuk diletakkan timbunan-timbunan akhbar untuk dijual. hari-hari seterusnya dia sudah ada pelanggan tetap. berderet-deret kenderaan berhenti untuk membeli, malah ada yang melanggan untuk dihantar terus ke rumah naskah mereka.
saya kagum dengan apa yang saya lihat walaupun ia berlaku hanya di tepi jalan. saya belajar sesuatu yang positif.
Labels: Cerita-cerita
Monday, November 22, 2010
read : cengkerik
ada sesetengah pendapat mengatakan bunyian cengkerik mendamaikan. benarkah?? saya pernah terbaca dalam satu majalah, di satu tempat di negeri pantai timur, selalu diadakan pertandingan suara cengkerik paling merdu. entahlah, bagi saya yang dibesarkan di bandar, bunyi cengkerik adalah sesuatu yang biasa di pendengaran hanya tiap kali bercuti di kampung atuk. masih lagi bunyi yang biasa bila ia berada di perkarangan rumah saya di bandar. tapi bila di dalam rumah? bunyi cengkerik??
minggu lepas, setelah 2 malam saya amati bunyi cengkerik yang jelas tak merdu di telinga ini. bunyinya datang dari bilik tamu di tingkat atas. bilik tamu tu kosong kerana tiada tamu yang bertandang yang biasanya kami tempatkan di bilik tu. malam berikutnya cengkerik tu dah 'berpindah' masuk ke bilik air, bilik tidur utama kami. kali ni saya tak biarkan dia berlagu lagi. saya sembur tempat persembunyiannya (di celah-celah sinki) dengan aerosol. nampaknya beliau tak lut dek semburan aerosol kerana masih bernyanyi riang di sebalik sinki. malam seterusnya beliau berpindah lagi. kali ni di ruang rehat famili pula. masih di tingkat atas. puas dicari, masih tak nampak bayang. bila diamati bunyinya dari bahagian bawah sofa. jelas dia dah masuk ke celah-celah cebisan kain sofa dah telah koyak di bahagian bawah. disembur lagi masih panjang umurnya!
hai lah
perpindahan seterusnya di sebalik almari baju saya. saya biarkan saja. malas dah! tapi keadaan telah bertukar sebaliknya.. tension tahap maksima bila perpindahan seterusnya beliau memilih port di celah-celah baby cot anak kecil saya! nampaknya tak boleh dibiarkan. mahu tak tidur semalaman nanti baby saya tu. sudahlah dia agak 'fragile'. payah nak tidur jika keadaan bising. senang terjaga walaupun ada sedikit bunyi-bunyi yang mengganggu. maka saya & mr hubby menjalankan operasi mencari tuan empunya badan. sudah dialih-alih perabot di sekitar baby cot masih tak jumpa. mr hubby belek-belek, akhirnya terjumpa ia bertaut baik saja di sebalik kelambu baby cot, di hujung kepala katil. licik rupanya cengkerik ni. baru sekali nak menangkapnya, dengan pantas pula beliau bergerak. bimbang ia terlepas lompat lebih jauh, terpaksalah kami guna cara kasar, iaitu membunuhnya terus! maaflah encik cengkerik.. dah lama kami bagi chance.
kami tak ada ikan perliharaan di rumah. mahupun mempunyai hobi memancing. kalau tak, boleh juga cengkerik ni dijadikan santapan ikan. lebih-lebih lagi ikan kelisa yang sukakan makanan ni. phobia sekejap dengan bunyian cengkerik ni..
Labels: Cerita-cerita
Friday, November 12, 2010
Pakar-pakar agama menyatakan ada 6 peringkat hubungan intim perkahwinan.
Pertama, bulan madu. Pada masa ini semuanya indah. Apa yang dilakukan suami cantik, apa yang dilakukan oleh isteri semuanya bagus.
Kedua bulan bawang. Bulan air mata. Selepas 3-5 tahun berkahwin, warna-warna sebenar suami isteri kelihatan. Perangai sebenar suami isteri sudah dikenalpasti. Pada waktu ini mulalah. Itu tak kena, ini tak kena. Kadang-kadang boleh berakhir dengan perceraian.
Ketiga, proses rundingan. Pada peringkat ini suami isteri akan mengenalpasti kesilapan dan kelemahan masing-masing. Suami mengaku kesilapan dan kelemahan dia, isteri juga begitu.
Keempat, penyesuaian. Apabila suami-isteri telah mengetahui kelemahan dan kesilapan masing-masing, segala kekurangan tersebut akan dilengkapi oleh kedua-dua belah pihak. Jika suami yang pandai masak, suami yang tolong masakkan dan jika isteri rajin berkemas, isteri yang yang tolong kemaskan.
Kelima, proses peningkatan. Pada peringkat ini suami-isteri berusaha untuk menjadikan hubungan lebih mesra dan dan bahagia.
Keenam dan yang terakhir, pemantapan. Pada peringkat ini suami-isteri akan berusaha untuk memantapkan hubungan mereka. Selepas enam peringkat inilah maka lahirlah mawaddah rahmah iaitu kasih sayang antara suami isteri. Biasanya pada peringkat keenam ini, warga emas.
Dimanakah peringkat anda sekarang?
Dipetik dari forum mrslingerie.
Labels: Motivasi, Rumahtangga
Thursday, November 11, 2010
starting from today, most of you who had been loyal following my writings all this years, might be seeing some of the entries here are copied from my previous blog. this will happen because i really appreciate what i have been posted earlier & it is really worth to share with others.
my 'old' blog has totally closed its' door for open readers.
thanks friends :)
Labels: Dari Penulis

cikdaisy ni sedang mengigaukah? minggu lepas dan separuh minggu ni saya agak sibuk. tak ada entri-entri baru, tiba-tiba ada entri giveaway. sleepwalking blogwalking hari ni, membaca update terkini & terlepas dari kawan-kawan. nampak pula entri si hanybunny pasal satu giveaway ni.
ini adalah giveaway yang julung-julung kalinya seputih hati join. rasanya memang seumur hidup berblogging ni saya belum pernah, malah tak terlintas ingin join apa-apa contest. tapi giveaway ni agak menarik kerana sangat simple & tak menyesakkan otak saya yang sekarang ini perlukan saat bersantai :)
ingin turut serta giveaway ni? mari klik sini. cik leena, moga tangan anda sangat bertuah tika mencabut undi nanti, lalu terkena pada nama cikdaisy yang bertuah. thanks!






