Monday, November 22, 2010

cengkedik

read : cengkerik

photo courtesy from treknature.com


ada sesetengah pendapat mengatakan bunyian cengkerik mendamaikan. benarkah?? saya pernah terbaca dalam satu majalah, di satu tempat di negeri pantai timur, selalu diadakan pertandingan suara cengkerik paling merdu. entahlah, bagi saya yang dibesarkan di bandar, bunyi cengkerik adalah sesuatu yang biasa di pendengaran hanya tiap kali bercuti di kampung atuk. masih lagi bunyi yang biasa bila ia berada di perkarangan rumah saya di bandar. tapi bila di dalam rumah? bunyi cengkerik??

minggu lepas, setelah 2 malam saya amati bunyi cengkerik yang jelas tak merdu di telinga ini. bunyinya datang dari bilik tamu di tingkat atas. bilik tamu tu kosong kerana tiada tamu yang bertandang yang biasanya kami tempatkan di bilik tu. malam berikutnya cengkerik tu dah 'berpindah' masuk ke bilik air, bilik tidur utama kami. kali ni saya tak biarkan dia berlagu lagi. saya sembur tempat persembunyiannya (di celah-celah sinki) dengan aerosol. nampaknya beliau tak lut dek semburan aerosol kerana masih bernyanyi riang di sebalik sinki. malam seterusnya beliau berpindah lagi. kali ni di ruang rehat famili pula. masih di tingkat atas. puas dicari, masih tak nampak bayang. bila diamati bunyinya dari bahagian bawah sofa. jelas dia dah masuk ke celah-celah cebisan kain sofa dah telah koyak di bahagian bawah. disembur lagi masih panjang umurnya!

hai lah cengkedik cengkerik! macam manalah kamu boleh masuk hingga ke tingkat atas rumah saya ni? silalah keluar ke tempat asalmu... tak sudi nak mendengar kamu menyanyi riang lagi. anak saya mahu tidur aman..

perpindahan seterusnya di sebalik almari baju saya. saya biarkan saja. malas dah! tapi keadaan telah bertukar sebaliknya.. tension tahap maksima bila perpindahan seterusnya beliau memilih port di celah-celah baby cot anak kecil saya! nampaknya tak boleh dibiarkan. mahu tak tidur semalaman nanti baby saya tu. sudahlah dia agak 'fragile'. payah nak tidur jika keadaan bising. senang terjaga walaupun ada sedikit bunyi-bunyi yang mengganggu. maka saya & mr hubby menjalankan operasi mencari tuan empunya badan. sudah dialih-alih perabot di sekitar baby cot masih tak jumpa. mr hubby belek-belek, akhirnya terjumpa ia bertaut baik saja di sebalik kelambu baby cot, di hujung kepala katil. licik rupanya cengkerik ni. baru sekali nak menangkapnya, dengan pantas pula beliau bergerak. bimbang ia terlepas lompat lebih jauh, terpaksalah kami guna cara kasar, iaitu membunuhnya terus! maaflah encik cengkerik.. dah lama kami bagi chance.

kami tak ada ikan perliharaan di rumah. mahupun mempunyai hobi memancing. kalau tak, boleh juga cengkerik ni dijadikan santapan ikan. lebih-lebih lagi ikan kelisa yang sukakan makanan ni. phobia sekejap dengan bunyian cengkerik ni..

5 bugs:

mzhany said...

kak d, ahahha hany kat kampong berperang dgn lipas...ahhaha gile tetibe ada kt dinding duduk diam diam...nak tido n nk cuba abaikan xleh..kang tgh syok2 tido merayap lak...

Connie said...

hihihi... ohh cengkerikk.. adakala bunyi nya dirindui.. dah masuk rumah 'mengjengkel'kan la pulak...

cik daisy said...

@ hanybunny: kalo lipas mmg x bole bg can. kasi spray zass! geli woo..

@ connie: yer betul. kalo dah masuk umah, mmg x dialu2kan lar.

@ rizal: sowi, daku xdpt releasekan komen krn melanggar peraturan (akta 1.5(abcxyz) menyebut kata ganti diri namaku secara terangan). hahahaha! jgn mare! harapnye geng cengkerik tu x dtg serang umahku krn kematian tragik sahabat mereka :)

Mr_Rizal said...

oh! yea... saya silap aa cik daisy...

I am Chipfida... said...

arrr...menci cengkerik, menci lipas!! menci serangga2 yg buleh terbang2 nih!! rasa mcm dia nk landing atas kepala jerr! kasik spray sama dia! jgn kasik chance!