Monday, October 25, 2010

part II : misteri kehamilan

sambungan dari kisah sebelum ini.

sebelum saya ceritakan pemeriksaan antenatal dengan doktor panel, mari saya ceritakan dulu kisah saya mengalami sedikit pendarahan pada minggu ke-8 kehamilan. masa tu umat Islam sedang berpuasa di bulan ramadhan. pendarahan berlaku tidaklah seteruk wanita hamil yang keguguran. hari pertama hanya sedikit darah yang keluar. hari kedua, badan terasa amat lemah, hampir pitam & tersangat penat. tapi saya tetap bekerja & berpuasa seperti biasa. darah yang keluar juga tidak banyak seperti darah haid yang perlu menukar pad 2-3 kali sehari. hari ketiga, saya ke klinik panel kerana bimbang dengan keadaan itu (berhati-hati jika mengalami pendarahan ketika hamil kerana ada sesetengah kes, ia bukanlah pendarahan biasa!) malangnya, doktor panel saya tak ada, tetapi diganti dengan doktor lain. kerana keadaan memaksa, saya tetap buat pemeriksaan. perut discan, kata doktor tu baby OK, tak ada apa-apa masalah. saya dinasihatkan supaya banyakkan rehat, jangan buat kerja-kerja berat, kurangkan turun-naik tangga & makan vitamin yang doktor beri. katanya lagi, "in fact, kamu patut rest atas katil je. melainkan bergerak ke toilet!". terasa manja pulak. hehehe.. saya yakin pendarahan tu terjadi disebabkan proses *implantasi.

berbalik pada cerita saya seterusnya.. saya ke klinik panel lagi untuk pemeriksaan antenatal & bincangkan lebih lanjut tentang usia sebenar kandungan saya. doktor terkejut mendengar cerita saya. saya cerita juga tentang pendarahan yang saya alami sebelum tu. imbas semula kronologi kehamilan saya:

29 aug 2009 ~ pengesahan kehamilan. usia kandungan sekitar 6 minggu.
15 sept 2009 ~ bleeding sehingga 6 hari. usia kandungan 8 minggu.
28 dec 2009 ~ antenatal check-up pada usia kandungan 22 minggu. tapi doktor kata usia kandungan bukanlah 22 minggu, tapi 10 minggu.
11 jan 2010 ~ check-up dengan doktor panel.

setelah menjawab soalan-soalan doktor & cerita kisah bleeding tu, serta segala kemungkinan yang boleh dikaitkan dengan 'misteri kehamilan' saya.. doktor sendiri tak dapat pastikan apa sebenarnya yang berlaku. dia agak kesal kenapa tak sedari awal kehamilan saya, dia buat ultrasound scan. katanya, at least dia sendiri amat pasti yang saya benar-benar hamil masa pengesahan dibuat pada kali pertama & bayi dalam keadaan normal. tapi saya tak mengharapkan pun scan dibuat awal-awal kehamilan. kesal doktor tu lagi, katanya bila saya bleeding, dia pula tak ada di klinik. doktor yang menggantikan tak pula print out hasil scan tu & kebetulan juga waktu tu saya belum disediakan kad rekod antenatal. jadi dia sungguh bingung kerana tak dapat gambaran yang jelas. jika saya buat pemeriksaan susulan ke klinik pakar juga, keadaan janin yang masih terlalu kecil & belum tentu doktor pakar dapat buat pemeriksaan lebih detail.

tak mungkin saya keguguran & seterusnya terjadi janin baru? tak logik pula. kalau keguguran, kenapa darahnya sikit? kalau period, darahnya tidak pun berbau seperti darah haid? tak mungkin terjadi janin baru sebab sejak disahkan hamil tu saya memang tak ada period.

waktu tu memang agak stress memikirkan kesihatan bayi saya. tapi saya cuba tenangkan hati. telan vitamin yang doktor beri tanpa culas. saya mahu baby sihat. bermacam-macam perasaan yang ada dalam hati ni. tak mahulah saya tulis apa yang saya takutkan ketika tu. cuma doa sering dipanjatkan agar baby normal seperti anak-anak lain. sejak tu, pada rekod antenatal saya 'berhenti' setakat catatan 22 minggu saja tapi seterusnya 'berpatah balik' ke catatan usia kandungan 13 minggu. setiap kali saya buat check-up, doktor akan buat ultrasound scan supaya progress bayi saya selari dengan usia kandungan. alhamdulillah, sehingga di penghujung kehamilan, pembesarannya memang selari dengan usia. berat bayi, saiz bayi, kedudukan bayi, air ketuban.. segalanyalah.. memang doktor monitor closely. melihat progress bulan demi bulan yang agak baik, saya tak teruskan niat untuk buat pemeriksaan di hospital pakar.

saat melihat keadaan bayi saya setelah melahirkan, saya bersyukur sangat kerana dijauhkan segala apa yang saya risau sebelum tu. misteri kenapa due date saya 'lari' 2 bulan, tinggal tanda tanya di hati saya & mr hubby. kami anggap apa yang berlaku tentu ada hikmah disebalik-Nya. hanya Dia saja yang Maha mengetahui apa sebenarnya berlaku.

pada kalian yang pernah bertanya, bila due date saya ketika hamil dulu? saya hanya katakan ada 'problem sikit dengan pregnancy.. due datenya dah lari sikit'. inilah cerita disebaliknya. saya memang tak banyak bercerita panjang saat itu kerana tak mahu terlalu stress :)

-----------------------------------------

*Apa itu pendarahan implantasi?
Pendarahan implantasi selalunya tidak sebanyak darah haid dan kebanyakkannya berwarna coklat atau merah jambu. Ia berlaku apabila telur yang sudahpun bersenyawa dengan sperma bergerak kerahim dan cuba membenamkan dirinya kedalam dinding rahim. Proses ini dinamakan implantasi. Pendarahan berlaku semasa proses implantasi ini. Yang membezakannya dengan darah haid ialah jumlah darah yang keluar adalah sedikit dan terhad pada 1-3 hari sahaja.

Bilakah implantasi selalu terjadi?
Ia selalunya berlaku 5-12 hari dari tarikh ovulasi, masa yang sama, anda sepatutnya datang haid.

5 bugs:

NuRuL DhiA said...

sungguh misteri mcm x-files plak citer akak ni, tapi kehamilan mmg 1 yg misteri dan ajaib, mcm2 boleh berlaku sepjg kehamilan, semuanya atas kehendak-NYA. sentiasa berdoa semua nya selamat...amin

cik daisy said...

betul tu nurul. pasrah & redha je :)

Connie said...

pelik bin ajaib..

ape yg terjadi menunjukkan kebesaran Allah sehingga pakar pon tidak mampu mentafsirkan..

ape pon.. syukur baby pon dah selamat keluar.. hihi..

cik daisy said...

syukur alhamdulillah connie :)

lini said...

salam kak nak tanya, saya dah 7 week pregnant tapi bila scan xda nampak pon baby just kantung jer...saya risau la sebab doc kata maybe baby xjadi or masih kecil lagi...