Friday, October 08, 2010
kenapa saya panggil orang belakang rumah yea? bukankah itu "jiran"? huh, sorrylah.. saya tak anggap dia jiran pun. kerana sejak saya mula berpindah lagi, saya dah terasa kurang senang dengannya. tujuan entri ni pula bukan nak burukkan mana-mana pihak. tapi saya harap kalian yang lain janganlah berperangai begini.
saya kurang ambil port kalau ada sikapnya yang saya tak suka kerana saya anggap itu adalah kekurangan dalam dirinya. maka saya perlu terima dia seadanya. sebagai contoh, pertama kali kami bersua, waktu itu kami sama-sama baru membeli unit rumah masing-masing. cuma beliau agak awal beberapa bulan sedikit dari saya. saat rumah saya baru nak mula kerja-kerja ubahsuai, rumahnya dah pun siap ubahsuai. dia pindah awal sebulan dari saya. saat pertama kali berjumpa, soalan yang saya tak jangka dari mulutnya keluar ialah "berapa harga rumah ni korang beli?". "banyak ke nak tambah/renovate ni?". "kitorang bukan tak nak beli rumah endlot macam ni. tanah tambah sikit je di tepi. baik beli tanah kat kampung". sebenarnya banyak lagi ayat-ayat beliau (jelasnya suami-isteri pun bersikap serupa). saya bagi beberapa contoh ni saja.
"berapa harga rumah ni korang beli?"
- saya tak kisah dia tanya soalan ni jika model rumahnya sama dengan saya. ini tak, model berbeza (model rumah kami memang identical, cuma bezanya model saya ada extra 10 kaki tanah di backyard). jadi kami ni agak seganlah nak bagitau harga sebenar, tambah pula rumah kami lot tepi (endlot). sungguh, tak mahu dianggap belagak sebab terang-terang sudah kami melebihi dia.
"banyak ke nak tambah/renovate ni?"
- setelah sekian lama duduk di rumah ni, saya perhatikan memang mereka suka mengambil tahu hal ni dari semua pemilik yang baru saja membeli rumah sekitar kami. tak tahu apa motif utama. tak mahu orang lain melebihi mereka kah?
"kitorang bukan tak nak beli rumah endlot macam ni. tanah tambah sikit je di tepi. baik beli tanah kat kampung"
- dah tu, kenapa tak beli saja tanah kat kampung tu? hello, kami pilih untuk duduk di sini sebab memang bekerja tak jauh dari sini. route untuk ke kl, klia mahupun seremban memang tak jauh dari kami. jadi siapa yang mahu duduk di kampung, bila ofis di area kl/cyberjaya? manalah boleh bandingkan property di kawasan bandar & luar bandar sayang oiii..
itu hanya beberapa perkara yang saya bangkitkan di sini. yang lain-lain, cukuplah saya simpan di dalam hati. maaflah jika saya katakan saya semakin benci dengan sikap mereka bila suatu hari saya ternampak si suami tu, dengan selambanya masuk ke rumah jiran belakang (betul-betul di belakang rumah saya). rumah jiran tu sedang diubahsuai & mereka belum berpindah. jadi pintu dapur tak dikunci. si suami ambil kesempatan meninjau-ninjau apa yang jiran saya tu ubahsuai. ya Allah, mengucap saya dibuatnya. setahu saya, si suami ni agak alim & kuat berpegang pada ajaran Islam tapi kenapa masuk ke kediaman orang tanpa kebenaran???
saya jelaskan sekali lagi, di mana kedudukan rumah "orang belakang" tu okay. betul-betul belakang saya ialah rumah jiran yang lambat sedikit pindah dari kami. yang si suami ni tadi tinjau isi rumahnya. jadi kedua-dua rumah mereka sebelah-menyebelah. "rumah orang belakang" ni tadi tidaklah betul-betul di belakang saya. tapi kalian harus tahu bahawa, barang-barang mereka yang diletak di belakang rumah mereka, tersangatlah banyaknya hingga mencecah belakang rumah saya dan jiran sebelah saya (dah tentu sama-sama belakang rumah beliau). segala barang tok-nenek, barang-barang yang boleh dikatakan boleh disimpan di muzium, semua terdapat di situ. belum termasuk lagi tempat sidaian jemuran yang sememangnya selalu orang letak di belakang rumah/depan rumah dan juga pasu-pasu bunga/tanaman herba mereka. gambaran di bawah ialah contoh pemandangan dari dalam kawasan rumah saya (backyard).
patutkah begitu? jadi kalian fikir, bolehkah saya keluar/masuk melalui pintu tu? pasu-pasu tersebut bukanlah kepunyaan saya tapi "orang belakang tu". sebelum ni, pasu-pasu bunga tu 'menetap' di depan pintu jiran sebelah saya. kali ni rumah saya pula dijadikan sasaran. sekarang pasu-pasu tu tak lagi berada betul-betul di depan pintu tapi ke depan sikit. kira di atas laluan belakang rumah tu tapi still, ia berdepan dengan pintu saya.
pemandangan dari belakang rumah jiran sebelah saya. pic diambil dari koleksi peribadi fb beliau. ini berlaku dah lama sebelum ni. kemudian pasu-pasu tu berpindah ke belakang rumah saya pula.apa jenis manusia pun saya tak tahu. memanglah saya jarang buka pintu belakang tu (





6 bugs:
keypo lah 'org belakang tu'...
sesuka ati je letak pasu situ yekk.. ceyyy... alih kan jek pasu tuh... dah jadi 1 keje la pulak... isk isk isk..
alamak cik daisy, kena warning si empunya pasu ni nampaknya...
@ connie: akak xpenah fikir nk alihkan pun connie. cuma akak terfikir nk bubuh racun dlm pasu2 tuh. kejam x? hoho!
@ umiey: kite bg chance kat dia dulu. kalau dah melampau nnt, tgk lar camne CD meletups =)
kat rumah mak saya di serdang ada satu jenis manusia camni... asal nampak jiran buat sesuatu je kat rumah, sure dia "terjah". termasuk aa masa rumah kami sedang ada renovation, simen basah pun dia redah je masuk rumah... orang kat sini memang dah sedia maklum perangan makcik tu...
@ rizal: aku rasa kat mana2 komuniti pun misti ada sekurang2nya satu 'wakil' manusia sebegini. xpsl2 ada perasaan ingin berlumba. pd hal, kite x pikir ape2 pun.
pecahkan saja pasu2 tu...katakan kucing/hanjing yg langgar
Post a Comment