Wednesday, October 20, 2010

part I : misteri kehamilan

sebenarnya ada kisah di sebalik kehamilan kedua saya yang lalu. saya rasa inilah masa yang agak sesuai untuk saya kongsikan dengan kalian.

keterujaan saya & mr hubby untuk menimang anak kedua membuat saya begitu bersemangat setiap kali period tak datang seperti yang dijangka. kadangkala buat pregnancy test terlalu awal, padahal masih belum ada hasilnya. tapi sekitar bulan ogos 2009, period saya terlewat 10 hari (sila anggap kitaran haid saya adalah normal). seperti biasa, rasa teruja tu datang. maka saya beli lagi alat pregnancy test untuk kali yang ke-3. hasilnya positif! gembira hingga tak terkata.. esoknya kami ke klinik panel untuk buat pengesahan. ujian kehamilan sekali lagi dilakukan & hasilnya tetap positif. alhamdulillah. pada perkiraan doktor ketika tu saya hamil 4/5 minggu (saya tak berapa ingat) & dijangka bersalin pada 2 may 2010.

2 bulan selepas tu, bermulalah rutin antenatal check-up saya di klinik panel. rutin pertama pada bulan oktober 2009. seterusnya yang kedua pada november 2009. pada bulan disember 2009, saya buat antenatal check-up di klinik lain kerana doktor panel saya bercuti panjang kerana menunaikan haji. di klinik tu, buat pertama kalinya saya menjalani ultrasound scan untuk baby kedua ni. di situ juga, hati saya mulai jadi tak keruan bila doktor beritahu bahawa usia kandungan saya ketika tu sebenarnya baru 10 minggu! mengikut perkiraan & catatan dalam rekod antenatal (aka kad merah) saya, usia kandungan ketika tu sepatutnya dah mencecah 22 minggu.

"biar betul doktor. cuba check balik. mesti ada silap mana-mana nih", tanya saya untuk kepastian.

"betul. cuba tengok skrin ni. awak punya due kat sini 22 july 2010. saiz baby pun kecil. tapi tally lar dengan usia 10 minggu ni", terang doktor.

saya terdiam seketika sambil merenung mr hubby.

"mungkin awak salah bagi date untuk last period?"

itu tak mungkin. sebab saya jenis yang sangat tertib mencatat tarikh & peristiwa penting di dalam kalendar. kali terakhir period dalam bulan july 2009. selepas tu, memang tiada period. lagipun dah sahih, doktor panel saya buat ujian kehamilan. cuma saya tak buat ultrasound scan untuk detail kerana terlalu awal lagi. saya tunggu doktor panel saya habis bercuti & datang ke kliniknya pada awal januari. sepanjang waktu menunggu dari disember 2009 ke januari 2010, fikiran saya betul-betul terganggu. doa & harapan saya ketika tu moga anak dalam kandungan sihat walafiat & tiada apa-apa yang serius.

tunggu sambungannya dalam part II okay ;)

1 bugs:

Hanis MY said...

Salam cik daisy terima kasih sudi singgah..masyaAllah besarnya kuasa dia, yang penting baby sihat, bilalah turn hanis pulak ni untuk ada baby, oh sebelum terlupa hanis under umt...dulu dikenali sebagai kustem...