Wednesday, September 01, 2010
sebulan lebih di saat saya tak dapat blogging & blogwalking.. bila dah kembali keep in touch dengan teman-teman (belum sempat khatam semuanya pun), bermacam perubahan yang berlaku dalam hidup, mahupun blog kalian sendiri yea? ada yang dah berpindah rumah lain, ada yang tukar layout blog, ada yang dah tukar ke domain sendiri (hehe.. sape tu yea?) & macam-macam perubahan yang tak terkejar saya meng'update' diri.
melirik-lirik blog sendiri juga ada sedikit perubahan di situ. ada sedikit pertambahan "followers" seputih hati ni rupanya. alahai, terima kasih kepada yang mengikuti. yang terbaru ni, kita tak pernah mengenali antara satu sama lain & saya masih lagi belum bertegur sapa serta membalas kunjungan anda. insya-Allah, saya simpan niat tu (melawat & mengikuti blog kalian). melayari internet di rumah agak menguji kesabaran, jadi masa saya sangat terhad untuk melawati kalians. tunggulah bila saya dah mula kerja semula yea (amboi, dah pasang niat nak mengular ke cik daisy oii). line di ofis lebih stabil & pantas. hehe!
bercakap tentang followers, memang blog ni tak banyak followers seperti blog kalian yang lain. siapalah saya kan.. saya memang tak mengharapkan puluhan atau ratusan pengikut kerana itu bukanlah motif saya wujudkan seputih hati ni. yea, kalian mengumpulkan pengunjung yang ramai pasti ada matlamat masing-masing, contohnya anda berniaga & perlukan rangkaian kenalan yang ramai. ada juga yang memang suka bersahabat dengan ramai orang, maka itu menjadi salah satu matlamatnya. apapun, saya sangat berterima kasih atas 'ikutan' anda di blog ni, salam perkenalan dari saya. saya yakin, blog ni mungkin memberi info yang menarik atau cerita yang menarik/berguna hinggakan kalian seronok membacanya. alhamdulillah ;)
Labels: Cerita-cerita





4 bugs:
i pun follow gak..hehe..wlaupun tak termasuk dlm list Followers.
macam biasa, saya masuk blogger.com, check reading list dan setiap post baru akan saya click...
harapannya anda dan baby dalam sihat2 sahaja... almaklum, lagi beberapa hari dah nak raya...
mungkin selepas bersalin dan tamat belajar (kedua-duanya akhir tahun ni insyaAllah) barulah saya akan aktif memblog semula. buat masa ni mmg jarang sekali saya update blog saya.
walaubagaimanapun, sampai bila2 saya akan setia membaca blog cik disy walaupun busy.. :)
mcm manalah cikdaisy boleh lupa nk reply komen2 ni lps approved.. sowii!
@ shima: kehadiranmu mmg kurasakan. thx shima ;)
@ rizal: tq rizal. ku juga selalu mengikuti blog kalian suami isteri.
@ yan: blog mmg antara medium utk kita saling mengetahui update masing2. take care mommy!
Post a Comment