Friday, September 24, 2010

fb - friend request


saya benci fungsi friend request bila:

  • request datangnya dari makhluk yang tak dikenali. yea, mungkin dia merasa saya akan mengenalinya. tapi, apa yang dia harapkan kalau nama profil sudahlah jauh dari nama asal, ditambah pula gambar profil tidak diletakkan sekali. kalau ada pun, gambar entah apa-apa.
  • mungkin request datang dari teman-teman lama tapi tolonglah... tolong hantarkan sekali private message (pm) untuk menerangkan siapakah anda sebenarnya. usah membuta tuli menghantar request atau berasa confident saya akan terima anda sebagai teman fb. ini paling saya anti!
  • ada insan-insan businessman/woman. minta maaf banyak-banyak kerana saya tak mahu penuhkan news feed saya dengan promosi-promosi anda di kemudian hari. sedangkan teman fb yang sedia ada pun sudah panjang berjela news feed yang kadang-kadang dengan status mengarut, inikan pula nak membaca promosi produk anda. melainkan saya sendiri yang akan pilih 'like' pages anda disebabkan saya sendiri memang pembeli tetap dari 'kedai' anda. semestinya saya inginkan info terbaru berkenaan produk anda berdasarkan 'like' itu. bukan bermakna saya tak memberi sokongan moral kepada teman bisnes tu, cuma saya fikir ada cara lain yang lebih mudah & serasi dengan saya. contohnya, melawat kedai maya mereka sendiri, bila-bila masa saya suka. kemudian beli apa yang berkenan tanpa perlu menambah lagi friendlist dalam fb dan news feed penuh dengan promosi-promosi produk. biar fb jadi tempat untuk saya keep in touch dengan teman-teman, keluarga & sanak saudara. itu matlamat asas saya di fb.

masalah lain dalam fb..

rasa sangat seronok bila dapat jumpa saudara-mara yang jauh dalam fb ni. alhamdulillah, dapatlah bertanya khabar & dengan cepat tahu update terkini kehidupan keluarga masing-masing. tambah lega bila setiap family yang jauh tu, ada wakil masing-masing dalam fb. contohnya anak-anak pakcik ada dalam fb. jadi dapatlah tahu update tentang parents masing-masing.

cuma ada sedikit pelik bila ada sesetengah anak buah atau anak sepupu sepapat yang masih kecil sudah ada akaun fb sendiri. siapa lagi yang create, dah tentu mama/ayahnya kan.. kepelikan saya tu sekejap saja kerana selepas tu makin ramai anak buah yang sudah ada akaun fb sendiri, lebih-lebih lagi yang sudah bersekolah. jadi dalam friendlist saya sekarang bukan setakat ada kenalan-kenalan dewasa, malahan anak-anak kecil.

cuma sejak akhir-akhir ni semakin banyak pula request add dari sepupu-sepupu & anak-anak buah yang masih kecil. kali ni amat berat pula saya ingin 'meluluskan' request mereka ni. saya rasa kurang sesuai pula untuk menjalinkan 'silaturrahim' dengan mereka ni dalam rangkaian sosial ni. saya rasa kurang sesuai kerana mereka boleh tahu lebih dari yang sepatutnya mereka tahu. bukan yang tak elok yea.. tapi pergaulan saya dengan teman-teman sebaya, yang dewasa, gurauan-gurauan cara orang dewasa, gambar-gambar tertentu yang saya rasakan kurang sesuai untuk mereka yang di bawah umur ni. pada saya, cukuplah setakat saya bergaul dengan mereka ni seperti sebelum ni, tidak sampai ke fb. adakalanya sesetengah perkara perlukan privacy. tak mahu ia sampai ke pengetahuan pihak tertentu. maka sekarang makin panjanglah list request yang pending dalam fb saya tu. sebab saya tak mungkin akan accept friendlist saudara-saudara kecil tadi.

jadi isunya, perlukah kita buat lebih dari satu akaun fb untuk membahagi-bahagikan senarai kenalan (colleagues, schoolmates dsb.) dengan keluarga & saudara-mara? tak sanggup pula rasanya saya nak maintain banyak akaun.

6 bugs:

~aSFaLiZa~ said...

betul kak. dah pernah terkena pun. add pastu dia chat kita sbb nk jual produk dia. bengang pun ada

NuRuL DhiA said...

kite pun penin kalu yg asyik promote produk hari2, menyemak jek, sudahnye delete jek kedai2 yg x berkenan tu.

cik daisy said...

@ as: channel fb sememangnya x sesuai kan? sbb mengganggu ketenteraman awam.

@ nurul: promote by tagging our names on the piccas.. kalo akak, x suke semakkan album gambar dgn pic2 yg bukan2. tp atas dasar sahabat, biasanye akak biarkan dulu pic2 tu beberapa ari, lps tu remove. harap mereka tu x marah okeh :)

Mr_Rizal said...

oh!! nasib baik saya tergolong dalam golongan rakan rakan anda..

Afif said...

Ala baru jer nak jual Etiqa kat dia :(

cik daisy said...

@ rizal: yer rizal.. jgn anda diubah kpd rakan yg berniaga di fb yer.. haha!

@ afif: ye ye betik lar ko fifi ;p