Monday, August 30, 2010
saya teringat satu dialog antara mr hubby & si kakak di suatu petang. ketika tu si kakak menunggang basikal sambil ditemani ayahnya menuju ke taman permainan.
kakak: ayah, kalau kakak dah besar sket nanti, kakak nak bagi adiklah basikal ni.
ayah: boleh kakak.
kakak: eh, tapi.. kakak rasa baik jual je lar. dah buruk pun. kita jual sepuluh ringgit ye ayah?
ayah: eh, ada pulak macam tu? ayah beli mahal tau?
kakak: owh, kalau macam tu kita jual sepuluh yen je lar.
sepuluh yen???!!
sepulangnya dari taman permainan, mr hubby ceritakan dialog tu kepada saya. tergelak kami dibuatnya. mana taknya, itu penangan cerita-cerita kartun jepun yang ditontonnya dari astro ceria.
sebenarnya saya kurang berkenan anak saya menonton kartun-kartun jepun seperti hagemaru, fukuchan & asarichan. lebih-lebih lagi si hagemaru tu! tak ada langsung nilai-nilai yang baik dalam isi cerita. lawak seakan lawak bodoh, tak sesuai langsung dengan kanak-kanak. watak-wataknya juga suka buat perkara-perkara bodoh, yang tak relevan untuk kanak-kanak mencontohinya. susah pula nak bagi contoh scene yang bagaimana.. mungkin antara kalian pernah tengok kartun ni.
orang pasti akan kata, nama pun kartun.. animasi.. tak semestinya semua bercirikan ilmiah, pendidikan (seperti mickey mouse clubhouse, etc) .. sebab banyak yang bercirikan fantasi, imaginasi (seperti doraemon, kartun superhero).. barulah kartun nampak hebat & seronok ditonton kanak-kanak.
satu lagi, cerita kanak-kanak, bukan animasi yang kami tapis supaya tak ditonton si kakak ialah cerita hikayat putera syazlan. cerita ni dari sisi fantasi hikayat, memang agak seronok. hanya watak si fasha saja yang saya betul-betul tak setuju. watak ni sebagai anak yang manja, hinggakan sampai ke tahap berkasar dengan ibunya. apa juga yang dia inginkan, pasti dia akan membentak-bentak pada ibunya. dulu si kakak selalu tonton cerita ni sampai terbawa-bawa sifat mengada & kasar si fasha. mr hubby dah keluarkan pekeliling supaya mengharamkan cerita tu dari list tontonan kakak. yea, tak semudah itu untuk kita halang anak-anak supaya tak boleh tonton itu & ini. setakat mana yang boleh, saya rasa kita cuba pantau apa yang sesuai & tidak untuk mereka. paling penting, cuba terangkan pada mereka sebab-sebab kenapa kita melarang. insya-Allah dia akan faham & akan patuhi larangan tu.
Labels: Keibubapaan





7 bugs:
hagemaru adalah antara kartun faveret saya. saya sukakan watak mak dia yang sangat bakhil sehinggakan segala yang dilakukan mestilah bersifat tidak membazir atau percuma... hihi
rizal.. saya perasan gak watak mak dia camtu. hagemaru slalu nak juga benda2 yg kwnnya buat/ada. maknya tak pernah say no, malah dgn bangganya beri apa yg hagemaru nak. tp dgn cara dia lar.. belasah apa yg ada. hehe..
adeyhhh.. penangan jepun... hihihi...
tak suka hagemaru (no offense mr rizal) tapi bila dah tekan channel tu tgk gak, lps tu mulut mengomel2 kata x senonoh la, lawak bodohla, mcm2.. for us, adult watching is ok, but for my kids (berangan), definitely no!
@ connie: 1 lg connie.. akak x suke otromen! haha!
@ eira: hah.. see.. sudahku katakan bukan ;)
penangan kartun mmg begitu cepat, pantas n efisen dalam mencuri imaginasi anak2 kecil. bukan hanya mampu mencuri perhatian n imaginasi anak2.. kadangkala imaginasi dewasa jua. namun begitu, tontotan anak2 perlu diawasi oleh ibubpa. x kira kartun atau apa jua cerita yang ditayangkan di kaca tv.
for my opinion, kartun2 seperti fukuchan, hagemaru n yang seangkatan dengannya x salah ditonton, cumanya bagi part yang negative, yg x senonoh boleh kita xplain pada anak2 supaya mereka x turut terikut. xplain juga apa impaknya klau ianya dijadikan habit atau ikutan. xplain bout impak negative or positive amat penting supaya anak2 lebih memahami kenapa n mengapa bekenaan istilah yang kita labelkan "boleh or tidak boleh".
imaginasi amat penting dalam perkembangan anak2 namun... harus diingatkan juga kepada ibu bapa tuk sama2 beri panduan agar imaginasi yang berkembang bersama anak2 adalah imaginsi yang sihat. ;)
wah.. pun chyralis telah kembali. sesuai banget topic ni dgn anda.. appreciate tat ;)
yups.. mmg kanak2 bole tonton tp dgn pantauan ibu bapa. kalo mcm anak den, dgn pantauan pun still dia akan terikut sbb menda ni terlalu mudah ditiru. maybe utk anak2 yg beso sket tu senang kite nk fahamkan dia.
Post a Comment