Wednesday, July 21, 2010
memang sudah lumrah.. belum pun mula bulan ramadhan, jualan kuih raya telah dibuka untuk tempahan. promosi hebat di sana-sini. kalau tak tempah awal, alamatnya keluar mencari kuih & biskut murahan di malam raya. jualan penghabisan stok! murah, murah!
owh, saya kagum dengan diri sendiri. semalam saya telahpun menempah biskut raya yang pertama untuk tahun ni. kebetulan membaca email-email, seorang sahabat melayangkan jualan kuih raya. alang-alang tu, saya order terus darinya 1 jenis biskut. lokasi ofisnya yang berdekatan dengan ofis saya, menjadi salah satu faktor utama. tak perlu pening-pening untuk penghantaran. kuih-kuih lain, mungkin saya hanya perlu layangkan sms/IM pada teman-teman yang saya dah pernah order tahun lepas. lega. tak pening lagi nak fikir. apa tidaknya, untuk persiapan raya kali ni saya mungkin membuatnya secara 'remote' dari rumah. dalam perkiraan, tempoh berpantang 44 hari saya akan tamat pada pertengahan ramadhan.
yang tak boleh dilakukan secara 'remote', semestinya baju raya untuk ahli keluarga. nak tak nak, kami mungkin akan keluar membeli di saat akhir ramadhan. owh, sangatlah tidak suka. mencelah-celah di kepadatan manusia, sedang berpuasa pulak tu. tapi itu sajalah yang termampu. nak beli awal pun, perlu ambil kira keadaan perut yang memboyot.. ukuran apa yang perlu diambil nanti untuk menempah baju? lepas bersalin, selalunya ukuran tersebut akan 'lari'.
sambutan raya kali ini mungkin disambut serba sederhana. kehadiran baby baru, mungkin membataskan masa. tahun ni tak ada open house yea.. jadi pada siapa-siapa yang ingin singgah beraya, tak perlu tunggu kami 'buka pintu'. janji sms dulu, jika tak mahu merasa biskut raya saja sebagai hidangan. walaupun sederhana, tetapi rasa tak sabar pula nak menyambut syawal kali ni kerana ahli keluarga kami sudah bertambah! terasa meriah sedikit dari biasa ;)

Labels: Cerita-cerita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

6 bugs:
oohh..sedapnya biskut semperit. Shima pun suka. Setakat ni biskut semperit yg mak shima buat paling sedap..rasa yg x penah jmpa di mana2 biskut semperit yg shima penah mkn..setakat ni lah. hehe..
eheheh.. bagus2.. kite pon ado jual kueh nie.. hihih.. tgh promote kt opis..
@ shima: semperit & dahlia.. sbb nk wat beskut ni pakai acuan yg sama gak kan? hanya org2 lama jer yg wat sedap & rasanya asli. iskk.. x sabo plak nk rasa biskut raya =)
@ connie: wat sendiri ke connie? hehe.. kuih ape lg yg connie jual? kot ade 'quota' lg utk stok kuih raye umah akak ni..
alhamdulillah, saya dah pun setelkan persiapan raya. baju raya yang ditempah telahpun siap (walaupun tahun ni saya beraya dengan baju pregnant, tp huby dan afif perlu bergaya juga)..
kuih raya dah ditempah & dibayar, begitu juga pakaian raya yang lain (kemeja & slacks).. cuma tahun ni mungkin tak dapat edarkan kad raya family.
hehe yg paling excited ialah barangan untuk bakal baby.. pun dah setel semuanya!
waahh akak dah tempah awal2 yer. saya lak masih bergantung pada kuih yg ditunujk oleh ibu. hehe. raya ni pon mungkin tak beraya sakan sebab sakan nak menghantar kad undangan. 2 okt nanti yer ;)
@ yan: tu lar.. akak nmpak status yan kat fb.. sume pun dah prepare awal. sama gak mcm sblm nih. salute lar yan. hehe!
@ iera: kire thn ni last beraya dgn ibu ayah yer.. lps ni dah kene cari kuih tunjuk sendiri. hihi! majlis lps raya yer.. insya-Allah.. harap sume berjln lncar ;)
Post a Comment