Monday, June 21, 2010
saya tak dapat menahan jemari ni dari mencoret kisah spontan anak dara saya yang berlaku semalam. mengingatinya, membuat saya geli hati dengan telatahnya.
alkisahnya, sewaktu makan tengahari dihujung minggu. kalian tahulah keadaan saya sekarang semakin sara (kini hampir masuk minggu ke-36). dengan kaki & tangan membengkak. berdiri terlalu lama tak boleh, duduk terlalu lama pun tak boleh. jadi sejak masuk minggu ke-30 tu memang sudah saya 'isytihar'kan penggantungan kuali & periuk. hanya beberapa kerja rumah saja yang dapat saya gagahkan untuk membuatnya secara perlahan hingga selesai. selebihnya, mr hubby yang uruskan (owh, trimas untuk ini!). jadi berbalik kisah makan tengahari, mr hubby keluar membeli makanan tengahari. kami jamah nasi ayam & saya buat air laici sahaja. selesai makan, mr hubby berkata dengan niat melawak...
mr hubby: hmm.. kenyangnya. sedap mama masak hari ni. thanks dear!
saya hanya tersenyum & sempat mengejek dia...
kakak: apalah ayah ni kan mama? bukan mama yang masak kan?
mama: iyer lah kakak. ayah tu saje je.
selesai si kakak ni makan, dia menuju ke peti ais.. lalu menuang air kacang soya dari kotaknya di hadapan saya. memang air kegemarannya itu sentiasa ada di dalam peti ais. berkotak-kotak saiz besar saya beli sebagai 'stok'. elok saja dia selesai meneguk air soya tu....
kakak: ahhh.. sedapnya air yang mama buat ni.
aduh!! anak ini... kata-kata kamu selalu buat mama ketawalah!! dia memang 'anak ayah'. perlakuan & kata-katanya (persis melawak) memang lebih ke arah ayahnya..
Labels: Cerita-cerita, Permata Hati





4 bugs:
a'ah la nana sedap kan mama buat air...hohoho
hahaha.. sebenarnya, anak-anak memang kuat menyakat.. kelakar betul.
pandai nana amik hati mama
@ hanybunny: x sangka dia nk copy paste ayat ayahnyer.. huhu!
@ yan: nana & afif bole bergabung.. sure kita sume pecah perut dgr ayat2 kreatif yg kuar dr mulut diorg ;)
@ nurul: dlm hati mama, kesiannye anak & suami aku ni.. dah lama x rasa masakan air tgn mamanye. hehe!
Post a Comment