Friday, June 18, 2010


saya dah tengok episod-episod dunia baru reunion yang ditayangkan di portal GUA. episod terbaru di'update' setiap isnin, rabu & jumaat. memang kita tak boleh expect hasil yang sama seperti musim-musim sebelumnya, yang disiarkan di tv3. saya rasa atas alasan pengarah & kru-kru di belakang tabir yang berubah, membuatkan jalan cerita & watak turut diolah. melihat-lihat episod terawal (setakat semalam, baru ditayang episod 5) versi GUA ni, saya tak rasa akan terus menontonnya. maaflah, tak begitu menarik minat saya lagi. alasan peribadi saya (tolong jangan marah kerana telah saya sebutkan alasan PERIBADI), lawak jenaka & reaksi lawak yang ditonjolkan nampak bodoh & spastik.. tak realistik... dibuat-buat... lawak tak matanglah. kenapa mesti wujudkan watak opie sebagai insan yang mudah dibuli? sebab setahu saya watak opie ni sangat tegas & bijak. sekarang dia nampak lemah.

tapi kalau difikirkan semula, apa sahaja cerita baik drama TV mahupun filem, kalau terlalu banyak kesinambungannya memang hilang taringnya. kalau tak dibuat dengan serius, jalan cerita jadi semakin merapu. oleh itu, saya sangat suka pada musim pertama dunia baru. sangat seronok menontonnya. semua watak saya suka. lebih-lebih lagi watak madihah, yang seterusnya bercinta dengan si darius, anak orang berada yang nakal & berlagak. dalam versi GUA ni, watak darius takde pula. begitu juga dengan watak 'nerd' sariah. diganti dengan 'kembar'nya, mariah.


sinopsis...

Geng kegemaran Malaysia kembali lagi dalam ‘Dunia Baru Reunion’! Sebagai kesinambungan kepada siri TV popular ‘Dunia Baru’, ‘Dunia Baru Reunion’ menyingkap kehidupan watak-watak utama siri tersebut tujuh tahun selepas mereka tamat pengajian.

Banyak yang telah berubah sejak tamat pengajian di universiti, namun sebuah undangan pertemuan semula di Bali dari Tajol terus menarik minat rakan-rakan kolej lama. Bagaimanapun, ia kelihatan agak sukar untuk menyatukan kumpulan itu semula, lebih-lebih lagi dengan semua yang berlaku dalam kehidupan masing-masing: Berat badan Opie telah naik dengan mendadak dan dia penat bekerja namun tidak dihargai, dia juga sedang cuba mendapatkan perhatian Azlan, bossnya yang kacak. Madihah pula sedang cuba mengawal Atina, anaknya yang terlalu aktif, manakala Suzanna kini sudah berkahwin dengan seorang Sheikh Arab dan Aniza mungkin akan mengalami strok gara-gara sikap panas baran serta masalah-masalah yang terpaksa dia hadapi di tempat kerja.

Tajol dan rakan karibnya, Komos, sedang bertungkus-lumus untuk memastikan SEMUA ORANG menghadiri majlis pertemuan semula itu, sehingga sanggup menyanyi lagu-lagu pop ‘jiwang’, bertemu dengan suami-suami ‘ganas’ sampai diacu pistol, serta menggaji seorang teman lelaki untuk Opie. Bagi Tajol, tiada yang lebih penting daripada bertemu dengan rakan-rakan lama…dan mengenakan bayaran sebanyak RM1,500 seorang untuk rancangan pelaburan peribadinya!

Tanpa menyedari motif sebenar Tajol, Opie dan geng terpaksa menyelesaikan masalah masing-masing demi menghadiri majlis pertemuan semula itu, dan mengambil langkah-langkah drastik untuk mendapatkan cuti daripada bossnya yang kacak tapi keterlaluan itu. Sementara itu, Madihah mendapat tahu yang Komos pandai menjaga anak kecil manakala Anizah jatuh sakit sebelum acara pertemuan itu.

Apakah hasil pertemuan semula ini? Mereka akan mempelajari pelbagai benda baru tentang kehidupan, cinta dan persahabatan dalam ‘Dunia Baru Reunion’.

4 bugs:

Mr_Rizal said...

ku paling suka watak "TAJUL" yang lurus dan sedikit2 blurred...

P0cAhoNta$ said...

yeke x best ke kak? sy ni suka baca review org dulu sblm tgk sendiri. hihi. jd kesimpulannye.. sy x rajin nak tgk kot. hehe

cik daisy said...

@ rizal: tajol pun best.. sbb kepala dia asyik ingat nk wat duit je =)

@ eira: tu pendapat akak ler.. terasa mati je semangat ni nk tgk dunia baru.elok ira cuba tgk 1-2 episod tu dulu. mane tau, ira suke plak. hehe!

NuRuL DhiA said...

teringin nak tgk tapi sokmo x berkesempatan. dgr promo kat radio cam besh jek... tapi upernye kureng yer