Tuesday, June 15, 2010
menghampiri minggu ke-35.. membilang minggu & hari sebelum membawa keluar si comel ke dunia yang penuh cabaran ini. semenjak masuk trimester ketiga ni, saya cepat penat. sudahlah sejak mengandung kali ni, memang cepat penat.. melewati minggu 30++, semakin lelah dibuatnya. kurang bertenaga berbanding pregnancy yang dulu. kaki & tangan bengkak teruk. dah diurut mr hubby, agak lega sedikit. tapi bengkak & besarnya kaki, dah macam 'kaki gajah' pula! di bawah ni, saya jumpa beberapa tips dari sebuah blog. kalau kalian ada petua lain, kongsilah dengan saya. dan macam mana pula dengan bengkak tangan & jemari ni? aduh.. sukar rasanya menggenggam & membuat kerja harian.
--------------------------------------------------------------------------------
Tips menangani bengkak kaki semasa hamil
Tips berikut boleh membantu mengurangkan masalah bengkak di kaki sewaktu mengandung :
1. Elakkan dari berdiri terlalu lama
2. Letakkan kaki di posisi yang lebih tinggi. Bagi mereka yang bekerja dipejabat, seeloknya anda letakkan satu bangku kecil atau kalau anda jumpa buku yellow pages lama yang tebal-tebal tu, susun bawah meja untuk dijadikan pengalas kaki… he..he..he…
3. Sewaktu tidur pula, alaskan kaki dengan bantal agar kedudukannya lebih tinggi dari badan anda. -- cara ni juga boleh kurangkan/elakkan kekejangan kaki
4. Rehatkan diri seketika. Jika anda dah lama duduk, seeloknya bangun dan jalan-jalan sekejap untuk membantu darah mengalir dengan baik ke bahagian kaki. Orang yang tak pregnant pun boleh kebas kaki kalau duduk lama-lama. Apatah lagi kalau yang sedang hamil, lagilah senang nak kena serangan kejang kaki
5. Minum banyak air. Ya… jangan terkejut. Sebenarnya ini membantu untuk mengurangkan pengumpulan air dibawah kulit dan boleh mengurangkan bengkak di kaki
6. Elakkan dari memakai stokin yang getahnya mencengkam dengan kuat.
7. Wanita hamil digalakkan untuk mengiring kesebelah kiri sewaktu tidur untuk menggalakkan pengaliran darah yang lebih lancar
8. Amalkan pemakanan yang sihat dan elakkan dari mengambil junk food
Kak Faz
Labels: Kehamilan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





10 bugs:
waaa kak d...cepatnya masa berlalu kan..huhu cite la ape reaksi nana skrg nih....mesti dia excited gilerzz kan...huhuhuhuuu beshnyer...
owh semestinya.. slalu menyanyi, berckp & 'bersalam' ngan perutku.. kunun communicate ngan adiknya. now dia tgh bz carikan middle name utk adik dia. haha!
ohh.. tak lama je lagi tu... nama dah ade? mesti dah tau gender bb ni..
@ connie: dah tau gender.. tiap kali doc scan pun mmg sahih gender tu. terima je lar ketentuan-Nya.. hikhik!
masa shima pregnant dulu, rasanya ku hanya selalu dapat complain yang dia cepat semput dan letih, yang lain2 takde rasanya. masa dia pregnant dulu pun kami duduk berasingan hingga baby keluar...
mmm..mana x letih sbb byk bjln time tu...time tu umah n ofis kan dkt. tp bengkak kaki/tgn x penah lg. tak tau la kn..klau pregnant for the 2nd time nnti ada lak. hehehe
@ shima & rizal: tu lar, tiap pregnancy slalunye berbeza pengalaman. kali ke-2 ni plak yg teruk sket. kaki & tgn membengkak slalunya lps balik opis. duduk rest je kat umah. wat keje ringan2 je.
saya pun tak pernah kena, tapi Dr dan nurse selalu pesan supaya awasi bengkak tangan dan kaki ni. saya lebih risaukan eclampsia berbanding bengkak tangan dan kaki.
ohya saya kurang setuju mengiring ke kiri. rasanya mengiring ke kanan lebih baik.
@ yan: akak pun x bape setuju part mengiring ke kiri tu. kite ignore je lar coz x nmpak relevannya di mana. mengiring je arah yg sesuai ikut keadaan baby. kalo rasa sakit belah kiri, alih ke kanan. psst, jgn lupa mintak izin suami kalo terpaksa tidur membelakangkan dia ;)
ya kak, sentiasa. terima kasih :)
Post a Comment