Thursday, May 13, 2010

telefon berbunyi ring ring..

saya yakin kawan-kawan lain juga pernah menerima panggilan-panggilan yang tidak diundang. bermacam kategori & isu tapi matlamat pemanggil tak diundang biasanya sama saja. nak close case, berjaya mendapatkan persetujuan kita untuk 'membeli' produk yang dipromosikan.

sudah lama saya ingin lepaskan geram lantaran menerima panggilan-panggilan sebegitu rupa dengan kerap. tapi keadaan tak begitu mengizinkan. membaca celoteh hanybunny menerima panggilan dari agen insurans, buat saya terpanggil menulis sedikit kisah geram saya. berbeza dengan saya, saya banyak terima panggilan 'promosi' berkenaan kad kredit. ada juga yang promosi insurans, cuma 1 panggilan setakat tahun ni.

pemanggil 'kredit kad'

okay, sebenarnya saya tak pasti apa yang mereka cuba promosikan. tapi 'intro'nya ialah menyebut tentang kad kredit yang saya pakai.. antara ayat intro tu:

"puan, kami buat panggilan dari bahagian kredit kad XYZ.."

"kami dapat nombor puan sebab puan menggunakan kredit kad bla bla..."

sebelum menjawab panggilan mereka ni, sudah saya pastikan nombor yang tertera pada skrin telefon saya. nombor handphone biasa je.. kadang-kadang 016, 017, 012... nombor peribadilah, bukan nombor talian tetap okay.. tanda pertama ni saja dah buat saya syak niat buruk mereka ni. panggilan yang intro berbentuk kad kredit ni biasanya mendapat layanan yang cukup pendek dari saya. jadi, saya tak pasti apa tujuan mereka call saya. jawapan yang beri cukup simple:

"saya bukannya pakai kad kredit pun. memang satu pun tak ada. saya tak suka"

hakikatnya, memang saya ada kad hutang tu. saya cuma pancing dia! kamu nak pancing saya, saya pancing kamu balik!

"takde. saya tak pernah ada kad kredit dari bank ABC pun"

bila dia pancing kata saya ada kad kredit dari bank ABC jugak, saya kata..

"dah lama dah saya tutup. so saya tak pakai lagi"

habis cerita, dia give-up dan letak telefon. kalau dah terus letak telefon tu, maknanya dia perlukan seseorang yang ada kad kredit untuk mereka tipu & dan berharap orang yang dipanggil beri maklumat kad kredit tersebut.

sudah berapa banyak penipuan sebegitu keluar di dada akhbar? jadi beringatlah. maklumat seperti kad kredit, no kad pengenalan.. tak semudah itu untuk kita kongsi dengan orang lain, lebih-lebih lagi dengan orang yang tak dikenali. melainkan kamu sendiri telefon pihak call centre bank, untuk urusan pertanyaan mengenai kad kredit, loan, hire purchase & fasiliti-fasiliti yang lainnya, pihak bank memang perlukan details tambahan sebagai pengesahan lanjut bahawa yang buat panggilan adalah diri anda sebenar-benarnya, bukan orang lain.

pemanggil 'insurans'

hanybunny
dapat panggilan dari agen insurans perseorangan, tapi saya pernah terima panggilan dari bank sendiri bagi tujuan promosi insurans mereka. ayat intro biasalah.. tanya sama ada kita sibuk atau tidak untuk menjawab panggilan tu.. bila diberi muka, mulalah skrip yang dibaca mengenai pakej insurans mereka, apa yang dilindungi, apa kelebihan yang dapat kemudian hari & so on.. saya kata, saya dah dilindungi. saya dah ada takaful. jadi tak perlu saya tambah apa yang saya ada. tapi si pemanggil masih ingin 'memaksa' saya untuk ambil juga produk mereka. dia bernasib baik sebab saya masih melayannya dengan baik. walaupun dia seolah-olah tak faham bahasa. nama pun insurans/takaful.. seseorang tu akan bersedia untuk dilindungi bila masanya sudah tiba. bukan sebab kesedaran tiada, tapi kemampuan & komitmen. kalau sudah mampu, seeloknya tumpukan satu perlindungan diri yang ada. buat apa nak pening-pening kepala menambah banyak-banyak polisi. lainlah duit tu memang berlebih, tak tahu nak dilaburkan ke mana lagi & kamu pulak jenis yang suka pelbagaikan polisi insurans yang ada.

atas pengalaman-pengalaman di atas, saya dah tahu macam mana nak handle situasi sebegitu kalau golongan ni telefon saya. dengan tegas saya akan menjawab tanpa membuang masa saya.

6 bugs:

nonie said...

kitaorang tgh buat phone survey yea cik daisy... kalau2la dapat call from one of our interviewers jgn stress & bolayan plak yea... sian derang hehe... it is for a good cause... ;)

cik daisy said...

hah tu ler.. ade baca psl ko wat survey tu.. utkmu nonie, no hal.. kalo dpt call students ko, aku support abes ;) ini x, dpt call bkn2, nk menipu, nk paksa beli insurans.. pekejadah je..

Connie said...

kite baru2 dpt jgk 2x pngilan insurans, elok time dia call si uzair menangis2 kat sebelah..

Maka si pemanggil itu pon paham bahasa yg kite tgh bz melayan anak, terus dia ckp nk cll lain kali, the 2nd time dia call pon jd bende yg same.. hahaha..

sng sket tak pyh bg alasan... hihihi...

Mr_Rizal said...

saya dibelenggu panggilan katanya golden horses hotel setiap 2-3 bulan sekali...!!

"saya dah tolak banyak kali sebelum ni, jangan call saya lagi"

jawapan ku setiap kali mereka call tapi 2-3 bulan lepas tu, call lagi...!! zzzzzz...

cik daisy said...

@ connie: good boy uzair! hehehe.. dia memahami mummy nyer. xpayah pening2 nk cari alasan. tp kalo nk wat cara ganaz, letak je terus call org tu. bile dia call balik, reject! :)

@ rizal: sama lar, aku pun slalu dpt call hotel tu. kunun lar dr hotel tu. no pun pakai personal gak. suh dtg utk penginapan free. suh tinggalkan wallet kat umah, cuma bawak bdn. aku kata, xde menda free dlm dunia ni lar. dia dok dalih2 lg. last aku kata, kalo kamu bg free pun, saya xnk lar. bg org lain lar yer.. bye! click!

suamihanyisterizuki said...

hehehe...

xtau nak komen ape ;)