Tuesday, May 18, 2010
hari guru.. tarikhnya memang dah berlalu. tapi sesetengah sekolah menyambutnya di peringkat sekolah pada minggu ni. bila teringatkan guru-guru, secara automatik ingatan saya juga terkenangkan zaman kita menjadi murid-murid mereka. mendengar sinar fm semalam, topik berkisar tentang kenangan bersama guru. kira pengalaman 'nakal' di zaman sekolah lar.
saya bukanlah tergolong dalam kumpulan murid 'rule breaker' atau suka melanggar peraturan sekolah. tak terfikir pulak nak berbuat begitu kerana sekolah saya merupakan sekolah harian yang agak ketat dengan peraturan & merupakan sekolah kawalan ketika itu. dek kerana prestasi akademik yang semakin cemerlang sehingga kini, bermacam title lagi yang sekolah tu dapat dari tahun ke tahun. sekolah kluster, sekolah harian terbaik.. macam-macam. ada pun 1-2 'kenakalan' yang telah saya buat & hingga ke hari ni bila saya terkenang kembali, buat saya menggeleng kepala & tersengih sendirian.
kes 1... ketika di tingkatan 3, waktu tu baru selesai exam PMR. bagi mengisi masa terluang & mengelakkan murid beri alasan untuk ponteng sekolah kerana habis exam, acara rutin tahunan antara kelas tingkatan 3 telah diadakan, iaitu pertandingan sukan antara kelas. hanya 4 acara sukan yang dipertandingkan - hoki, bola jaring, bola sepak & bola tampar. saya terlibat dalam acara hoki & bola jaring. maka setiap hari lar ada perlawanan antara kelas, secara kalah mati. dek kerana malas untuk salin pakaian sekolah, kerana tak dibenarkan berbaju sukan ketika perhimpunan setiap pagi, maka terlintas 1 idea dari saya & teman baik masa tu. rumah kami boleh dikatakan dekat dengan sekolah. kami berniat untuk 'skip' perhimpunan. datang ke sekolah lewat sikit & terus bersiap dengan baju sukan. kami tak ikut pintu pagar depan sekolah. tu mengundang padah namanya! kebetulan pula masa tu ada kerja-kerja baikpulih pagar sekolah kat area bangunan gymnasium yang terletak agak ke belakang dari bangunan-bangunan lain. bayangkan saja pagar sekolah yang baru nak naik batu-batanya setinggi lebih kurang 1 meter. kami panjat dengan selambanya, masuk ke sekolah. tak ingat pula berapa kali kami buat aktiviti tak bermoral tu. rasanya tak sampailah 3 kali kot sebab games yang kami terlibat cuma berapa hari je. selamat! tak kantoi! (tak senonoh pulak perangai.. perempuan panjat tembok pagar.. hahahaha!)
kes ke-2 pula berlaku masa saya di tingkatan 4. buat pertama kalinya saya cuba ponteng kelas! alasan saya untuk ponteng kelas subjek fizik sebab saya sangat boring dengan cara cikgu baru yang menggantikan tempat cikgu favourite saya yang terpaksa cuti belajar. masa tu saya & seorang lagi teman sekelas yang terlibat dalam acara ponteng ni. ponteng pun, bukan ke mana-mana. lepak di perpustakaan sekolah. ditakdirkan cikgu fizik mencari saya & teman saya tu. sesudah kelas, kami dapat 'mesej' supaya berjumpa dengan cikgu fizik tu. kami dibawa berjumpa dengan guru penolong kanan. malunya! sudahlah pertama kali ponteng kelas, 'tertangkap' pulak! memang takde pengalaman buat jahat dalam sekolah. lagi malu pulak, masa tu 'pakwe' saya pengawas sekolah. duh.. mesti dia pun malu bila dapat tahu 'makwe'nya kena masuk pejabat sekolah sebab ponteng kelas!
hingga sekarang bila teringat balik kes ke-2 tu, mr hubby akan perli saya balik. mr hubby lar pakwe saya yang pengawas tu. hehehe..
Labels: Cerita-cerita





3 bugs:
hahahah,
nak buat jahat kantoi lak..adoii tak yah la kak d...xjadik...
how sweet...ehehe..
@ hanybunny: hmm, tu lar.. aku mmg gadis suci bersih lar.. hahaha!
@ nard: hikhik! sweet! mcm gula ;)
Post a Comment