Monday, May 24, 2010

main sepit tayar

kisah ini berlaku sekitar minggu lepas. ia berlaku di kalangan colleagues saya sendiri.. company mana? di mana? biarlah rahsia sebab tak mahu aibkan mana-mana pihak. pagi-pagi seperti biasa, saya antara yang paling awal sampai di ofis kerana termaktub dalam jadual kerja saya, saya perlu masuk setengah jam lebih awal dari waktu kerja yang ditetapkan untuk orang lain. seperti biasa juga, kedua-dua insan ini yang sememangnya tinggal serumah, masuk dari pintu ofis tetapi pagi ni agak bising sikit mulut mereka dari biasa. seperti marahkan orang/sesuatu. bukanlah diri saya jika nak menyibuk & bertanya lebih detail, melainkan mereka bercerita directly kepada saya.

leha & pe'ah (bukan nama sebenar), memang agak garang orangnya. saya katakan garang kerana mereka ni agak cepat 'melenting' jika berlaku isu-isu yang tak senang di mata mereka. lebih-lebih lagi si leha ni. habis segala ruang di fb, dijadikan landasan melepaskan kemarahan jika seseorang/sesuatu telah buatnya marah. alkisahnya pagi itu, diringkaskan cerita leha melenting kerana ruang parkirnya di tingkat bawah telah diambil orang! bagi yang bekerja di bangunan ni, menjadi lumrah untuk beli season parking saja kerana lebih murah dari membayar tiket parking setiap hari. bagi yang lebih berkemampuan, mereka lebih senang bayar lebih sedikit untuk dapatkan ruang parkir mereka sendiri dengan no plat kereta ditulis khas pada ruang tersebut. jadi si leha ni marah kerana ada kereta lain yang telah merampas ruang keretanya. dengan rasa tak puas hatinya, dia arahkan juga pihak maintenance parking supaya clamp tayar kereta tu. lepas tu, diambil pula gambar kereta yang di'clamp'. huh, puas hati leha! nah, rasakanlah tuan empunya kereta yang tak tahu bahasa itu! ikutkan hati pe'ah juga, nak saja dicalarkan badan kereta tu...

leha & pe'ah terus-terusan bercerita tentang kereta yang dianggap 'kurang ajar'.. mencuri parking space orang.. maka sampailah cerita tu juga ke telinga manager saya, en jendol (bukan nama sebenar). kata en jendol, kereta yang di'clamp' tayarnya tu ialah kereta miliknya. dia yang sememangnya suka berseloroh & happy-go-lucky tidaklah marah atau bengang. malah sambil ketawa & menggeleng kepala, dia fikirkan leha & pe'ah hanya bergurau bila mereka sebut pasal clamp tayar kereta orang. terus saja en jendol turun ke bawah untuk alihkan keretanya ke tempat lain.

saya sangat-sangat tak setuju dengan cara leha tu! belumpun sempat saya meluahkan apa yang saya rasa tak setuju tu, seorang colleague lagi memberitahu bahawa hari tersebut leha & pe'ah tak bawa kereta pun. mereka naik motor saja!

jadi apa motif marah yang tak bertempat tu? wajarkah?

  1. jika kamu bawa kereta sekalipun, apa salahnya naik dulu ke ofis dan tanya dulu mereka yang lain.. "kereta milik siapakah no plat sekian sekian.. sila alihkan kenderaan anda kerana anda park di tempat saya.." jika bukan milik teman seofis, wajarlah nak naikkan sedikit kemarahan tu & mintak diclamp tayar kereta tu serta-merta!
  2. dengan selambanya kamu memberitahu seorang manager tu tentang keadaan keretanya tu dengan rasa sombong tanpa sedikit hormat kepada seorang berpangkat tinggi dari kamu. macamlah kamu tak pernah bergelak ketawa, berbual dengan en jendol tu. seterusnya mengarahkan en jendol untuk alihkan kereta tu sekarang juga!
  3. jika kamu bawa kereta sekalipun, tak bolehkah kompromi sedikit dengan beri kelonggaran untuk alihkan kereta tu pada waktu lunch? sementelah kamu juga dah tentu park kereta di tempat lain sementara 'mencari' siapa empunya kereta sebenar yang ambil tempat kamu.
  4. kamu tak bawa kereta pun pada hari tu, jadi kenapa mesti marah seperti sudah berminggu-minggu kereta yang sama curi parkir kamu?
  5. sudahlah kamu ambil gambar kereta en jendol tu, kemudian kamu perbesar-besarkan lagi hal yang sudah selesai itu di medan fb dengan meng'upload' gambar tu.

memanglah silap en jendol, tapi tak perlulah memalukan insan lain.. lebih-lebih lagi kita kenal dia. bukannya orang asing. huhu!

4 bugs:

suamihanyisterizuki said...

manusia kak d, macam2..ishhh dah la seopis, kurang2, tolak ansur la sikit kan...

Connie said...

huh... esok2 kena la balik kat batang hidung sendiri.. belum bertemu buku dengan ruas.. Tak professional langsung..

cik daisy said...

@ hanybunny: tu yg aku pelik tu.. xde kompromi!

@ connie: mmg pun connie.. tp bila kene batang hidung sendiri, tau plak marah mcm gunung berapi meletus. iskk2.

Mr_Rizal said...

Nora, kalau dengar radio sinar pagi tadi, May 27, 2010, tajuk perbincangan, "tersilap cakap"... mungkin sesuai untuk kisah yang ko upload ni...!! dan orang yang berkata besar itu patut merasa malu dan patut meminta maaf pada ketuanya...