Thursday, May 06, 2010

saya terbaca dalam suratkhabar tips-tips ni. tips dari syampu sunsilk...

Bagi mengenalpasti jenis syampu yang sesuai dengan keadaan rambut, anda boleh melakukan ujian mudah berikut:

Rambut Lembut Terurus

  • Pegang sehelai rambut.
  • Tindihkan sehelai lagi di atasnya.
  • Rambut yang lembut akan menggelongsor dengan lancar, tidak seperti yang kasar.

Rambut Rosak
  • Cabut sehelai rambut dan apungkan dalam gelas berisi air.
  • Ketuk sedikit gelas untuk menimbulkan riak air.
  • Jika helaian rambut masih terapung, rambut anda sihat. Jika tenggelam, ia rosak.

Rambut Bersih dan Segar
  • Guna kapas muka dan tekap pada kulit kepala.
  • Jika ada titik minyak, ini bermakna rambut anda berminyak dan boleh menyebabkan kulit kepala gatal.

Rambut Gugur
  • Teliti tangkai rambut yang gugur dan lihat sama ada ia mengandungi umbi berwarna putih.
  • Jika ada, ia adalah peringkat keguguran biasa.
  • Tetapi jika kebanyakan rambut gugur tidak mempunyai umbi, anda mungkin mengalami masalah rambut gugur. Ia hanya dianggap masalah jika anda kehilangan lebih 50-100 helai sehari.

Rambut Kelemumur
  • Selepas bersyampu dan mengelap rambut hingga kering, sikat dengan cermat.
  • Jika ada habuk kekuningan atau kelabu melekat pada sikat, ini bermakna anda mengalami masalah kelemumur.

Rambut Lurus Beralun
  • Cabut sehelai rambut.
  • Letakkan di sebelah pembaris.
  • Adakah ia betul-betul lurus atau sedikit bengkok?

Rambut Kuat Beralun
  • Cabut sehelai rambut.
  • Pintal satu hujung pada ibu jari dan satu lagi pada jari telunjuk tangan yang sama.
  • Sentap jari anda. Jika rambut putus, anda perlu menguatkannya.

Rambut Bersinar
  • Berdiri di bawah pancaran cahaya dan periksa rambut anda.
  • Rambut yang bersinar memantulkan 'cahaya pelangi'. Rambut pudar tidak.

5 bugs:

suamihanyisterizuki said...

selamat hari ibu..;)

cik daisy said...

trimas hanybunny ;)

Mr_Rizal said...

kami menggunakan syampoo cap himalaya...!!

P0cAhoNta$ said...

saya dok dlm kategori rambut gugur yg xde umbi warna putih tu kot :-S. x try mcm2 syampu tapi tuka gakla sekali dua jenama lain & yg guna skrg ni cam ok la.. pasni mgkin yg lg 1 brand tu =)

cik daisy said...

@ rizal: aku ingat benar iklan himalaya tu.. hehe!

@ iera: dulu akak pun susah nk carik syampu yg sesuai. skrg mcm dah ok pakai brand yg dlm entri nih.