Thursday, April 08, 2010
ketika si zaman sekolah dulu-dulu, mesti letak hobi yang wajib, iaitu membaca. ramai antara kalian yang pasti suka membaca kan? cuma bahan bacaan tu yang membezakan selera antara manusia. yang saya perasan, diri ini mula malas membaca sejak bersalin anak sulung. selama dalam pantang, segala macam majalah yg mr hubby belikan tak habis dibaca. virus negatif tersebut merebak hinggalah ke hari ni. entah kenapa jadi begitu. mungkin ada hormon-hormon sesat yang sukar menghilang dari badan. sedangkan membaca artikel motivasi di laman sesawang pun agak lemau. baca yea baca... tapi melangkau baris, mencari intipati yang penting saja. majalah masih dibeli jika ada artikel-artikel menarik di dalamnya. tapi, helaian majalah tu masih tampak baru seakan tak berselak langsung. tak pernah habis baca!
saban tahun seakan terliur nak pegi ke pesta buku. tapi saya ni cepat lemas dengan kesesakan manusia di pesta-pesta seperti itu. tahun ni pun saya tak dapat pegi disebabkan keadaan perut yang makin membesar, cepat letih.. di saat-saat sahabat lain memeriahkan & memborong di pesta buku, ada pula sekumpulan sahabat lain sedang hangat membaca novel-novel cinta & saling bertukar tangan novel untuk dikongsi baca bersama. wah.. seronoknya bila diingatkan zaman saya gila novel sebegitu! dah tentunya ketika zaman sekolah.. bila tiba saat habis peperiksaan akhir tahun, kami semua banyak masa terluang. setelah puas bermain segala indoor games, bergosip, bermain rambut seperti salon rambut, kami yang perempuan-perempuan mula membaca novel cinta. saya antara 'tokan' besar meminjamkan novel cinta pada kawan-kawan lain. sayangnya, ada antara mereka yang tak pulangkan buku-buku tersebut. tu belum termasuk lagi yang adik-adik perempuan yang meminjam, kemudiannya bermurah hati juga memanjangkan kepada rakan-rakan mereka yang lain untuk meminjam. aduh.. kalaulah saya jaga baik-baik segala macam novel tu, mesti dah penuh rak buku di rumah sekarang ni. boleh jadi library kecil.
secara tiba-tiba, hujung mac yang lepas, telah timbul satu idea untuk menguatkan semangat sendiri.. buang jauh-jauh hormon-hormon negatif tu! saya nak cuba membaca seperti dulu-dulu. yeah, virus sahabat-sahabat yang membaca novel cinta tu telah meresap ke tubuh badan. bila monday blues di ofis mula mendatang, saya mula mencari web kedai buku online. shopping buku. saya tak pernah beli buku secara online & saya rasa tak begitu puas pun membelinya secara online. maka hanya dua buah buku saya tempah. 1 novel untuk saya, 1 buku cerita untuk bacaan anakku tersayang. kebetulan esoknya pula saya bercuti sehari, saya singgah ke mph untuk menjengah buku lagi. saya beli lagi 2 buah novel sebagai permulaan semangat ini. jadilah kan.. tiap bulan, beli 1 atau 2. beli banyak pun, masa sangat terhad untuk menghabiskan semua sekaligus. lagipun, saya boleh bertukar-tukar dengan mereka yang sibuk membaca novel juga. yes cik daisy, you can do it!
hasil dari monday blues yang lepas.. yeayy.. buku dah sampai.. tapi atas kesilapan teknikal yang kecil, tiba lewat sikit. rugi je saya pilih untuk penghantaran poslaju. tapi bukunya sampai dekat seminggu. kecewa sikit.
hasil tempahan online. sengaja saya memilih novel hasil penulis norhayati berahim. beliau antara nama penulis yang saya telah baca hasil tulisannya ketika zaman remaja. sekarang semakin ramai penulis baru, yang saya yakin mereka juga tak kurang hebatnya. tapi biarlah saya mulakan dulu dengan bacaan dari norhayati ni.
dua buku yang dibeli dari mph. yea, saya baru nak baca cerita 'ayat-ayat cinta' ni. setelah bertahun ia jadi best seller book of the year, sehingga dah keluar filem. tak salah bukan? :) juga satu lagi buku karya norhayati. belum pun semua buku-buku tu saya buka plastiknya. selamat mengkhatam novel lah cik daisy yea...
Labels: Bahan Bacaan, Cerita-cerita





5 bugs:
akak, kadang2 norhayati ibrahim ada yg tak best sbb dia dh byk sgt menulis. so, utiliti sut nya dah menurun. huhuhuu...
nota cinta buat mu tu pun best. nak sugest novelis lain. akak cuba noor suraya. nyanyian tanjung sepi paling best tulisan dia. then akak try novel dia yg lain. serius best. tak rugi membaca sampai blh kuarkan air mata. hahhahahha
Waa..sy suke karya Norhayati Berahim...sy ada 2-3 novel dia..yg lain, byk novel Sydney Sheldon je..;) tp skang dh jarang membaca. habiskan masa kat tenet je..hik hik
tahun ni adalah yg pertama kalinya saya miss pesta buku antarabangsa pwtc.. tak dapat nak drive jauh2 dek kerana mabuk :(
rupanya ada hikmah di sebaliknya. seorang pelajar saya membelikan 4 book set twilight saga untuk saya! dari singapore pula tuh! dalam sehari dpt baca hingga 100 m/s, akibatnya study pun ntah ke mana..
paling seronok bila suami minat baca sama, siap print dan designkan bookmark eclipse! hehe..
serius... jika saya... 1 buku 1 tahun...
@ asfaliza: thx as.. insya-Allah nnt akak try novelis lain plak. baru sronok membaca kan ;)
@ nard: betul gak tu nard. internet pun salah 1 sebab akak kureng membaca sblm nih.
@ yan: tu lar akak tgk betapa excitednya yan tulis status dlm fb tu. bertuahnya dpt students yg memahami citarasa ;)
@ rizal: at least, ada gak buku yg boleh kamu baca! hahahaha..
Post a Comment