Wednesday, April 07, 2010

beautiful blogger award


untuk pertama kalinya buat tahun ni, cik daisy dianugerahkan award!! trimas yea nonie.

seterusnya, apa yang perlu dilakukan bila dianugerahkan award ni.. i list 7 things about me:

  1. saya sedang bawa perut hamil 25 minggu.. bakal menimang anak kedua. i'm happy with it ;)
  2. sangat suka pada kereta & driving. masa zaman kanak-kanak dulu, suka main mainan kereta yang kecil-kecil tu. ayah juga pernah belikan kereta mainan warna merah, yang tolak pedal pakai kaki tu (tapi anak-anak sekarang main kereta mainan yang ada bateri & dicas elektrik.. pergh!). masuk tahun kedua pengajian di uni, ayah belikan kereta kancil warna maroon. sangat suka driving kecuali di saat membuyung seperti sekarang ni.
  3. suka minum jus buah & makan buah-buahan. tapi sebolehnya tak suka makan makanan & lauk-pauk yang di dalamnya diselit buah. contoh: buah durian diletak dalam pengat, jagung di dalam apam balik...
  4. pernah menjadi penganggur terhormat sebanyak 2 kali di sepanjang hidup. itu tak termasuk ketika lepas grad, mencari kerja.
  5. sangat mudah mengalirkan air mata, tak kiralah atas sebab gembira ataupun duka. suka je nangis!
  6. maaf.. saya memang tak suka join sekumpulan kaum ibu atau surirumah yang sedang melepak petang-petang kat area rumah. kadang-kadang mereka bersidang bukan saja di waktu petang, ada juga tak kira masa. bukan anti sosial tapi topik-topik yang dibincangkan tak begitu bermanfaat & kurang sogokan ilmu.
  7. saya kurang gemar melayan orang yang terlalu ramah & banyak cakap. kerana selalunya orang sebegini, disebabkan terlalu banyak cakap jadi hilang topik-topik baru, asyik mengulang topik yang sama. seterusnya mula bertanya soal-soal peribadi, ataupun sikap menunjuk-nunjuk. saya lemas, bosan & rimas!

seterusnya award ni saya anugerahkan kepada mereka yang bertuah.. and the award goes to...:

1 bugs:

Mr_Rizal said...

penganggur terhormat... kahkahkah...