Monday, December 28, 2009
tentu itu merupakan persoalan di kalangan kalian. kenapa di sini? tidak di sana? apa perlunya banyak-banyak ruang menulis? saya tak dapat ungkaikan semua selali di sini. atas alasan-alasan peribadi, di sinilah saya akan meneruskan penulisan (atau celoteh merepek? ;p) saya sayangkan tempat yang lama itu. sudah 2 tahun saya di situ. macam-macam perkara yang sudah dikongsi bersama. tapi penghijrahan juga sesuatu yang baik kan? asalkan jangan didesak saya berhenti menulis. tempat yang lama, biarkan saja. saya tak akan removenya dari blogger dan tiada post yang terbaru di situ. sedikit nota tambahan dari saya buat pembaca setia (bunyinya seperti syok sendiri pulak).
tukarkan link saya di blog-blog kalian kepada tempat baru ini :)
jangan gunakan nama sebenar saya di mana-mana komen atau ruang ini. begitu juga jika saya komen di ruang anda. saya tak mahu dikenali dengan nama sebenar. cukup hanya cik daisy, sebagai pengganti diri yang baru :)
cerita dan gambar-gambar peribadi tidak akan dikongsi di sini kerana semua itu telah dikongsi di fb saya :)
last but not least.. takde nota lagi.. cuma nak ucapkan ribuan terima kasih pada yang setia mengikut tulisan saya. saya hargai kehadiran kalian di sini.
oh yea.. seputih hati ini belum lagi dirasmikan sepenuhnya.. baru soft launch menjemput sahabat-sahabat setia sambil mengumumkan perpindahan ini. perasmian dan acara potong ribbon akan dilakukan pada tahun baru 2010 nanti. jemput-jemputlah bertandang dan makan hidangan yang ada dulu. =)
Labels: Dari Penulis
Tuesday, December 22, 2009

Pada satu hari di sekolah, seorang murid bertanyakan sesuatu pada gurunya.
Ketika itu guru tersebut sedang mengajar topik kasih sayang :)
Pelajar: Cikgu, camane kite nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? macam mana jugak kasih sayang tu nak berkekalan?
Cikgu: Ok, kamu ikut ape yang saya suruh. Kamu pergi berjalan di padang sambil memandang rumput di depan kamu. Pilih yang PALING CANTIK tanpa toleh kebelakang lagi walau sekali dan bawakan ke kelas.
Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannya.
Cikgu: Kenapa tiada rumput yang dipilih?
Pelajar: Tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling CANTIK, memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang PALING CANTIK, so saya terus la berjalan kedepan sambil mencari yang PALING CANTIK tanpa toleh kebelakang. Tapi, sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada diantara yg dibelakang saya tadi rumput yang paling cantik tapi dah cikgu kata tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tak ada la rumput yang saya petik.
Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu. Kite patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Semoga yang berlalu tidak berulang lagi dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan yang paling baik. Mahupun kalau nak diikutkan ada lagi yang paling cantik dan paling baik seperti rumput tadi.
------------------------------------------------------------------------------
sudah acapkali saya membaca artikel ini. dari forwarded emails, nota di fb, cerita-cerita di kalangan sahabat... pendapat peribadi saya, apa yang ada di depan kita sekarang itulah yg terbaik utk kita, yang Allah telah tentukan. usah buang masa mencari yang lain kerana 'yang lain' itu belum tentu lebih baik dari yang kita dah miliki sekarang. life is about correcting mistakes :)
Labels: Tentang Cinta
Monday, December 21, 2009

Oleh ZUARIDA MOHYIN
Sudah pastinya, doa di atas ini sentiasa meniti di bibir kita, lebih-lebih lagi seusai solat fardu mahupun sunat. Sesungguhnya rumah tangga yang menjadi impian dan harapan setiap daripada kita ialah rumah tangga yang di dalamnya bersemarak suasana sakinah (ketenangan), mawaddah dan rahmah.
Malah setiap pasangan yang akan, sedang dan sudah mendirikan rumah tangga tentunya mendambakan sebuah institusi perkahwinan yang dibina dengan disirami kasih sayang yang berpanjangan, harmoni dan sejahtera yang tiada tepian.
Pun pada masa yang sama, kita terpaksa berusaha mengemudi bahtera perkahwinan itu agar tidak musnah, waima dilanda ombak dan badai dalam kehidupan.
Ini kerana, kejayaan mengharungi pahit manis alam rumah tangga akan menjadikan suami isteri itu bertambah matang, sekali gus lebih menghargai pasangan hidup masing-masing serta mendapat reda Allah SWT.
Lantaran itu, terpulang kepada suami isteri itu sendiri bagaimana untuk mencorakkan rumah tangga mereka agar selaras dengan konsep rumahku syurgaku atau baiti jannati.
Apatah lagi, apabila dikurniakan cahaya mata. Amanah Allah untuk membesar, memelihara dan mendidik anak-anak turut terpikul di bahu ibu dan bapa.
Pokok pangkalnya, perlu ada ilmu, kemahiran dan aspek paling penting ialah pegangan agama yang kukuh. Barulah hubungan suami isteri itu bukan sekadar hubungan untuk memudahkan naluri manusia, hubungan tubuh atau sebagai wahana untuk melahirkan keturunan. Hakikat sebenarnya adalah hubungan atau ikatan yang wujud atas dasar cinta, kasih sayang, kesenangan dan ketenangan.
Ini ditegaskan oleh Allah SWT dengan firman-Nya:
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri daripada jenismu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan jadikan-Nya antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (al-Rum: 21)
Bahawasanya, cinta suami isteri adalah jauh lebih mulia berbanding di antara cinta sepasang kekasih. Ini kerana perkahwinan adalah satu ikatan yang terlalu suci dan menjadi landasan terbaik untuk menjalin kasih sayang antara lelaki dan wanita yang halal berkahwin.
Melihat kepada betapa pentingnya peranan suami dan isteri dalam memperoleh syurga dunia ini, maka Telaga Biru Sdn. Bhd. mengambil inisiatif menerbitkan buku yang berjudul, 10 Terminal Syurga Rumah Tangga.
Buku hasil nukilan penceramah terkemuka dan tidak perlu diperkenalkan lagi khasnya di Malaysia, Singapura dan Brunei iaitu Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood serta gandingan seorang guru, Siti Nur Fatimah Hasan mengandungi petua-petua juga ilustrasi menarik.
Ia dapat memberi suntikan baru serta motivasi diri dalam meneliti dan mencorak rumah tangga supaya berkekalan bukan sahaja di dunia tetapi teramat manis, jika mampu melayari ke alam syurga yang abadi.
Semoga buku dengan teks dalam bentuk yang mudah dan menarik, nota ringkas, mengandungi rujukan daripada al-Quran, hadis sahih dan disulami kisah-kisah serta fakta-fakta menarik ini menjadi santapan kepada gandingan suami isteri untuk membetulkan diri mencari jawapan yang pasti terhadap tanggungjawab dan amanah yang perlu mereka laksanakan sebaik mungkin sebagai wadah yang paling dominan dalam membina baiti jannati. Insya-Allah.
Labels: Artikel Akhbar, Motivasi, Rumahtangga




