Wednesday, October 19, 2011
renung-renungkan petikan motivasi Dr. HM Tuah Iskandar:
Setelah anda diijabkabul, satu perjanjian telah dibentuk. Anda telah merelakan diri anda bergelar ISTERI dan rela memanggil org berkenaan yang tiada langsung pertalian dengan anda sebelumnya sebagai SUAMI. Anda merelakan segalanya kepada dia dan demikian dia terhadap anda. Setelah diikat dengan tali perkahwinan, mengapa tidak pejamkan mata dan anggaplah dia pasangan yang terbaik. Dia mmg dijadikan buat anda. Dia adalah segala-galanya. Bentuklah kebahagiaan bersamanya.
JANGAN mimpi-mimpikan lagi org lain selain dia. JANGAN angan-angankan perkara yang bukan-bukan. INGAT!!!!.. Anda dijadikan dari tulang rusuk dia. Relakan diri anda untuk bertolak ansur dlm beberapa hal untuk mencari kesukaan dan kebencian bersama. Relakan membina bahagia dan dialah alatnya.
Selagi mana SUAMI anda itu masih menjalankan tanggungjawabnya, dia masih ingat rumah, ingat anak-anak dan ingat untuk mencari rezeki, dia masih seorang lelaki yang boleh diharapkan. Apalagi jika dia seorang yang tidak meninggalkan ibadah-ibadah fardu, kekurangan-kekurangan yang ada pada dirinya hanyalah sekadar kekurangan untuk membenarkan kata-kata `NO MAN IS PERFECT".
Sumber: Forwarded e-mail
Labels: Motivasi, Rumahtangga
Monday, October 17, 2011
Labels: Cerita-cerita
Friday, October 14, 2011
salam kalian.. kali ni perlu mulakan dengan salam sebagai mukadimah setelah sekian lama membiarkan seputih hati sepi keseorangan. kasihannya kamu!!
jangankan blog sendiri, blog teman-teman pun saya tak dapat nak singgah sekerap dulu. sejak berpindah kerja ke kota damansara (saya panggil KD), banyak perkara yang perlu saya sesuaikan. tempat baru, tugas baru, cabaran baru & macam-macam lagi. lebih-lebih lagi tugasan baru yang terlalu banyak dugaannya.
dahulunya, bertugas dalam bidang web development.. kemudian beralih angin ke bidang helpdesk. setahun lebih bersama helpdesk team, 'terpilih' pula untuk mengisi kekosongan tempat sebagai customer service exec di pejabat HQ, KD.
dugaan paling berat, cabaran paling besar bila terpaksa belajar sendiri semua tugasan baru itu. bayangkan jika anda tak pernah ada pengalaman langsung tentang "purchasing, trading, procurement".. tiba-tiba diberi mandat oleh big boss untuk menggalas tugas tu tanpa diberi latihan yang khusus. dalam masa sebulan tu, setiap hari saya pulang ke rumah dengan kepala yang sakit ataupun lebih hebat, sakit migrain menyerang. tertekan dengan tugas baru, tertekan dengan kos transport, belanja dan lain-lain lagi yang melibatkan tenaga & wang apabila ofis kini tersangat jauh dari rumah.
superior saya yang baru pernah memberitahu, big boss pernah katakan padanya "she has the capability. she can do it". kerana itulah saya berada di sini. berbekalkan kata-kata itulah juga memberi saya keyakinan dalam diri. dalam masa sebulan terawal itu sahajalah hidup saya dalam sengsara & tekanan. sedikit demi sedikit saya mulai belajar & menerima segalanya dengan baik. pada pertengahan tahun, selesai sudah menghadapi PMS (performance management system) / appraisal. alhamdulillah, kerana Tuhan memberkati & kurniakan rezeki untuk saya sekeluarga. barulah terasa kurang sedikit beban kewangan yang pernah saya lalui.
waktu bekerja di ofis, memang sentiasa sibuk. itu antara penyebab yang menyumbang kepada keterbatasan waktu untuk menjengah seputih hati & rumah teman-teman lain. laman facebook memang dah dibanned & paling baru, personal email seperti yahoo mail juga dibanned. jadi di ofis ni, agak
sekarang, adalah menjadi sejarah baru dalam hidup saya kerana saya tak pernah 'berjaya' kerja di pejabat yang agak jauh dari rumah. saya memang jenis yang tak suka spend time yang lama untuk driving ke ofis dan mengharungi jalan yang sesak. setakat ke hari ni, insya-Allah rezeki saya masih dengan company ni. tapi saya tetap berdoa moga dapat kembali ke cyberjaya semula di masa akan datang.
adios for now ;)
Labels: Cerita-cerita, Work
Monday, March 21, 2011
"Leceh betullah orang perempuan ni. Tegur sikit dah merajuk. Kena pujuk, nasihat lembut-lembut, cakap baik-baik... hai leceh betul. Tetapi kalau dibiarkan menjadi-jadi pulak! Kita punya kerja pun dia nak langgar. Buat kerja ikut semangat, tak pandang kiri kanan lagi."
"Eh, apa yang kau ngomelkan ni Fuad? Siapa yang buat hal kali ni?"
"Staff aku si Lina tu lah. Baru tegur sikit, dah monyok. Hari ni dah tak datang kerja. Susahlah macam ni. Kerja pejabat akan terganggu."
"Entah-entah dia ada hal lain. Engkau belum siasat dah jump to conclusion."
"Alaah... orang perempuan memang macam tu. Kan Nabi pun kata yang orang perempuan tu ibarat tulang rusuk yang bengkok*? Sebab dia bengkoklah orang perempuan suka buat perangai. Kita nak luruskan nanti patah pulak. Kalau dibiarkan terus, makin bengkoklah. Hai susah, susah."
"Jangan cakap macam tu, Fuad. Maksud Hadis tu bukan begitu."
"Eh, kan Hadis itu sudah lumrah diperkatakan? Apa yang tak kena pulak, Naim?"
"Maksud aku begini. Menafsirkan Hadis itu seolah-olah orang perempuan tu memang Allah ciptakan sebagai satu golongan yang "disadvantaged" atau terkurang seperti yang engkau cakapkan seolah-olah mengatakan yang Allah itu berat sebelah. Walhal Allah itu Maha Adil dan Dia ciptakan lelaki dan perempuan itu sama sahaja dari segi kemampuan mereka untuk meningkatkan iman dan menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Bengkok yang disebut di dalam Hadis itu bukan bermakna yang mereka itu sentiasa cenderung ke arah melakukan perkara-perkara yang tidak baik."
"Buktinya, apabila Rasulullah s.a.w. datang membawa ajaran Islam, baginda menaikkan taraf perempuan yang sebelum itu dianggap "golongan yang tak berguna" kepada "sayap kiri" kepada masyarakat. Beliau ada memberikan tugas-tugas yang penting kepada orang perempuan, terutama bila kaum lelaki keluar berperang. Sebagai sayap kiri, tentulah mereka diiktiraf seimbang dengan sayap kanan."
"Tapi, memang orang perempuan kuat merajuk. Jenuh kita nak layan dia."
"Merajuk bukan berlaku pada orang perempuan saja. Orang lelaki juga kuat merajuk. Mungkin cara merajuk atau cara `protes` tu yang tak sama. Punca merajuk sebab iman lemah, bukan sebab jantina. "Lagipun, apa salahnya kalau kita tegur orang perempuan dengan berlemah-lembut dan berhikmah. Bukankah begitu tuntutan Islam. Kalau kita marah-marah sehingga mereka merajuk, bukan mereka yang salah, tetapi kitalah yang salah. Entah-entah waktu itu kita lebih`bengkok` daripada mereka!"
"Eh, eh engkau ni. Asyik nak bela orang perempuan aje."
"Aku bukannya nak bela siapa-siapa. Aku cuma nak betulkan pemahaman yang tidak betul terhadap Hadis tu."
"Apa maksud sebenar Hadis tu?"
"Orang perempun yang diibaratkan seperti tulang rusuk yang bengkok itu bukan bermakna satu kekurangan, tapi sebenarnya adalah satu "penyempurnaan" . Sepertimana juga usus manusia yang berlipat-lipat dan berlingkaran itu bukanlah satu ketidakbetulan tetapi begitulah keadaan usus yang sempurna. Bengkoknya tulang rusuk itu kerana ia bersifat `pelindung`. Ia melindungi organ-organ penting di dalam tubuh manusia seperti jantung, paru-paru, hati dan limpa. Kalau tulang kakilah yang diletakkan di dada manusia, sudah tentu ia tidak dapat berperanan sepertimana tulang rusuk yang bengkok itu."
"Oh begitu. Jadi bila Nabi katakan yang orang perempuan itu seperti tulang rusuk yang bengkok, beliau hanyalah hendak memperlihatkan perbezaan peranan mereka berbanding lelaki?"
"Begitulah. Selain itu, maksud `tulang rusuk yang bengkok` itu ialah sifat `rahmah`. Orang perempuan itu sifat semulajadinya penyayang. Perasaannya halus. Kerana adanya sifat-sifat itu, orang perempuan boleh sabar menjaga dan melayan anak-anaknya yang berbagai kerenah. Mereka juga sabar dan tekun melakukan kerja-kerja rumah yang mungkin kepada kita sangat membosankan."
"Begitu jugalah di dalam masyarakat, orang perempuan sangat sesuai menjadi guru, jururawat, dan apa juga bidang yang dalam kemampuannya. Oleh itu jangan cuba buang sifat "bengkok" ini daripada orang perempuan dengan memberikan mereka tugas-tugas yang tidak sesuai. Kalau tulang rusuk sudah patah, organ-organ yang penting tadi tidak akan selamat."
"Jadi peranan mereka sebenarnya penting. Bayangkanlah betapa besar peranan dan jasa ibu yang menjaga dan mengasuh kita dari kecil hinggalah besar."
"Hmm, betul tu Naim."
"Sebenarnya tiada siapa yang `bengkok` mengikut tafsiran yang engkau gunakan. Bengkok atau tidaknya seorang lelaki atau perempuan itu bergantung kepada iman dan akhlaknya. Orang lelaki kalau tidak berusaha untuk membuang sifat-sifat yang terkeji di dalam dirinya pun akan jadi bengkok juga, malah lebih bengkok dari orang perempuan yang ada usaha membaiki dirinya."
"Baru aku sedar, akulah yang bengkok. Asyik marah-marah dan tidak sabar."
"Memang tidak sepatutnya kita lihat orang lain itu lebih `bengkok` daripada kita. Sebaliknya kita patut sentiasa merasakan yang kitalah yang lebih `bengkok` daripada semua orang lain di muka bumi ini... "
*Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah menyakiti jirannya dan hendaklah dia menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana sesungguhnya mereka diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, jika kamu berusaha untuk membetulkannya kamu akan mematahkannya, jika kamu terus biarkan begitu ia akan terus bengkok. Oleh itu terimalah pesanan supaya menjaga wanita-wanita dengan baik. (Hadis riwayat al-Bukhari no: 4890)
Source: Forwarded e-mail
Labels: Motivasi
Friday, March 18, 2011
saya rindu nak menulis.. bukan takde idea, malah melimpah ruah sejak jarak perjalanan ke/dari rumah-office agak jauh. bak kata orang tu, jauh perjalanan, luas pemandangan? luas pengalaman?
sejak berkarier di KD (kota damansara) ni, rutin kerja dah berubah. post dah berbeza, tentu sekali merubah keseluruhan mental & fizikal saya. owh, rasanya keadaan fizikal masih sama. tiada pertambahan berat badan yang mendadak atau berkurang. awal tahun yang penuh cabaran kerana terpaksa melalui fasa-fasa perubahan dalam menyesuaikan diri dengan rutin kerja baru, termasuk superior baru. 10 tahun pengalaman bekerja, banyak mengajar erti ketabahan (seriously!). bekerjalah di mana-mana sekalipun.. baik di bawah syarikat yang sama atau tidak, anda mesti selalu bersedia untuk berhadapan dengan perubahan dari pelbagai aspek. dalam situasi saya, sebelum ni bekerja dengan satu projek (boleh dikata site project). diletakkan di bawah 1 jabatan dengan 1 ketua yang sangat baik & memahami. bila tiba projek tu tamat, pulang ke HQ, diletakkan pula di jabatan yang lain. diberikan tugas yang lain. pada awalnya, hari-hari yang saya lalui dalam menghadapi tugas baru & bos baru ni, sangat-sangatlah s***s! maaf jika anda dapat meneka perkataan yang agak teruk tu. tapi itulah hakikatnya! dengan pengalaman yang 'zero' untuk membuat tugasan baru tu, dengan tiada training yang cukup dari senior yang bakal resign hanya beberapa hari saja lagi... dalam masa 2-3 minggu tu, setiap hari saya dilanda migrain yang maksimum. ditambah lagi keadaan di rumah yang tak cukup tidur (kerana baby saya yang sangat special, tidak boleh diletak, hanya mahukan sepenuh perhatian mamanya saja), maka hujung minggu juga saya mengalami migrain. hanya kepada Tuhan saja tempat saya mengadu.
selepas sebulan, alhamdulillah! saya telah dapat momentum saya semula. cuma, sejak berada di sini, saya memang belum ada kesempatan menjengah seputih hati & 'rumah' sahabat-sahabat maya yang lain. jika adapun, tak sempat meninggalkan jejak kasih.
insya-Allah di lain masa nanti saya ceritakan pula perihal KD di sini. di saat ini, saya hanya teringin nak meluahkan coretan hati di kala hujan petang yang agak lebat.. dan saya hanya membilang waktu untuk jam menginjak ke 5.30 petang.. waktu untuk pulang!
Labels: Dari Penulis







